Rabu ini merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia secara keseluruhan. Tarikh yang sama pada 1963, Tanah Melayu, Borneo Utara, kini Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju membentuk Malaysia.
Namun selepas 52 tahun, pada tarikh yang sama tahun ini ramai pihak di ibu negara menyatakan kegusaran untuk menyambutnya di sini.
Kegusaran timbul selepas ada pihak yang kononnya mahu menegakkan 'Kebangkitan Maruah Melayu' melalui perhimpunan di sekitar beberapa lokasi utama di ibu negara, termasuk tempat tumpuan pelancong.
Lokasi berkenaan termasuk Bukit Bintang, Pudu dan Petaling Street sebelum berakhir di Padang Merbok, di sini.
Tinjauan di beberapa lokasi mendapati ramai pihak yang sebenarnya bersifat terbuka mengenai perhimpunan aman, namun bagi perhimpunan yang dirancang pada 16 Sept ini, mereka berasa sedikit skeptikal.
Ini terutama selepas melihat imej tertera di baju Merah yang mengandungi imej bayangan orang bersilat dengan tulisan Kebangkitan Maruah Melayu dan Tanah Tumpah Darahku yang dijual kepada orang ramai di beberapa lokasi sejak minggu lepas.
Adil Ismail, 29, pekerja syarikat swasta di ibu negara ketika ditemui berkata maruah bangsa Melayu tidak perlu ditegakkan melalui perhimpunan.
"Ada banyak cara yang lebih baik, contohnya, naikkan maruah Melayu melalui ekonomi, bela nasib Melayu yang terjerumus dalam najis dadah contohnya. Tunjuk sifat bangsa Melayu yang lemah lembut, berbudi bahasa. Ini saya rasa lebih baik.
"Kita tak nak menang sorak, kampung tergadai," katanya.
Menjawab isu sama, N. Bahveshen, 34, berkata Hari Malaysia sepatutnya dihormati, namun jika benar penganjurannya bersifat perkauman ia akan merosakkan keharmonian kaum yang telah tercapai sebelum ini.
"16 Sept ini adalah cuti umum, rancangan saya untuk membawa keluarga saya terpaksa dibatalkan sekiranya perhimpunan itu tetap dijalankan. Saya tak nak bahayakan keselamatan keluarga saya," katanya.
Salehien Abdul Rahman, 22, berkata penganjuran ini bukan sahaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat bahkan pelancong asing.
"Pelancong akan berasa tidak selamat apabila kehadiran mereka (penyokong) berada di kawasan tumpuan pelancong seperti 'Petaling Street'," katanya.
Pegawai bank itu menarik perhatian, perhimpunan sebegini hanya akan memberi impak negatif terhadap ekonomi negara yang sememangnya sedang menghadapi cabaran.
Pendapat sama turut diutara di laman sosial Twitter.
Syed Husin Ali@syedhusinali menulis: "Memang Bajumerah ada hak Perlembagaan berhimpun secara aman. Tapi janganlah bakar api perkauman. Jangan ugut mandi darah melalui poster."
LeonardThen @EesanThen pula menulis: "BajuMerah rally should be stopped. Investors always lose faith when there's racism,"
Penganjuran perhimpunan dengan nama Himpunan Rakyat Bersatu itu, turut mendapat bantahan 20 badan bukan kerajaan (NGO).
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan berkenaan atas faktor keselamatan.
Bernama
Sun Sep 13 2015

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan berkenaan atas faktor keselamatan. - Gambar Fail

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Penganjur sedia bayar kos pembersihan RM50,000 bagi 'Himpunan Rakyat Bersatu'
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.

Himpunan Rakyat: Jalan Parlimen antara empat jalan utama ditutup esok
Seramai 430 pegawai dan anggota trafik polis akan bertugas memantau dan mengawal bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang tempoh itu.

Kami tutup 16 Sept ini - Peniaga Petaling Street
Keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 Sept lepas.

Ramai skeptikal terhadap penganjuran 'Himpunan Rakyat Bersatu'
Kegusaran timbul selepas ada pihak yang kononnya mahu menegakkan 'Kebangkitan Maruah Melayu' melalui perhimpunan di sekitar beberapa lokasi utama di ibu negara.