KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan yakin barisan Ahli Parlimen Kerajaan telah bersedia sepenuhnya dan akan memberi komitmen yang tinggi untuk sesi perbahasan Titah Diraja yang bermula esok.
Beliau berkata titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen di sini hari ini, sarat dengan amanat dan harapan antaranya supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat bersama-sama menjalankan kewajipan untuk kepentingan rakyat jelata.
"Baginda Tuanku turut menegaskan supaya barisan Ahli Parlimen dapat bersidang secara budiman dan menjadi teladan yang baik selain mematuhi peraturan Dewan Rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Terdahulu, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat serta pandangan dalam pelbagai topik antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa persidangan, hutang negara serta kestabilan politik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
![Ramanan yakin Ahli Parlimen Kerajaan bersedia, komited untuk sesi perbahasan Titah Diraja Ramanan yakin Ahli Parlimen Kerajaan bersedia, komited untuk sesi perbahasan Titah Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708957811_TBRamanan.jpg)
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan yakin barisan Ahli Parlimen Kerajaan telah bersedia sepenuhnya dan akan memberi komitmen yang tinggi untuk sesi perbahasan Titah Diraja yang bermula esok. - Foto Facebook R Ramanan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Malaysia, India nyata komitmen jalin hubungan tingkatkan ekonomi PKS - Ramanan Malaysia, India nyata komitmen jalin hubungan tingkatkan ekonomi PKS - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709651175_RamananRamakrishnan.jpg)
Malaysia, India nyata komitmen jalin hubungan tingkatkan ekonomi PKS - Ramanan
Datuk R. Ramanan berkata perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy di pejabatnya hari ini.
![Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702825534_RamananRamakrishnan.jpg)
Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan
Ramanan juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik.
![PRU15: Ramanan cabar KJ perjelas isu ECM Libra PRU15: Ramanan cabar KJ perjelas isu ECM Libra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667817707_KJRramanan.jpg)
PRU15: Ramanan cabar KJ perjelas isu ECM Libra
Ramanan semasa ceramah di Paya Jaras pada Ahad membangkitkan dakwaan penglibatan Khairy dalam beberapa kontroversi.