PUTRAJAYA: Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor berkata ini kerana ketika ini, pengambilan pelajar Orang Asli ke MRSM dan SBP adalah secara rawak dan tidak melibatkan sebarang kuota.
"Saya merayu buka pintu MRSM (dan SBP) kepada kami (masyarakat Orang Asli)...saya tahu di asrama penuh, anda boleh mendidik Orang Asli untuk menjadi seseorang. Dari situ Orang Asli boleh berkembang dan berada di hadapan.
"Bila ada pendidikan dan pendedahan, anda akan lebih berkeyakinan... Saya antara Orang Asli pertama yang dididik dan dibentuk di sekolah berasrama penuh pada 1971," katanya ketika membentangkan cadangan itu pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, di sini hari ini.
Pada masa sama, Ramli yang juga wakil rakyat Orang Asli berkata masyarakat Orang Asli juga perlu sentiasa berusaha untuk terus maju dan mengubah pemikiran kebergantungan kepada bantuan kerajaan atau mentaliti subsidi.
"Kerajaan sudah bagi semua ...jadi untuk maju, kita kena tukar mentaliti. Ini tiada siapa boleh buat melainkan kita sendiri...pastikan anak-anak kita pergi sekolah.
"Selain itu, aktiviti negatif tolong kurangkan. Kita tidak mahu jadi satu bangsa yang malas dan mengharapkan subsidi saja, kita kena berubah... paling mudah (dengan) pendidikan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Cameron Highlands itu berkata Pahang dijangka mewujudkan Felda pertama untuk Orang Asli bagi memperkasa aktiviti ekonomi masyarakat minoriti tersebut.
Justeru, beliau berkata negeri lain juga diharap dapat melaksanakan cadangan inisiatif berkenaan terutama negeri yang mempunyai populasi Orang Asli yang tinggi.
"Insya-Allah, kalau betul perancangan dengan dana negeri Pahang, Felda pertama Orang Asli akan wujud di Pahang. Negeri lain yang banyak Orang Asli ini buka lah satu. Benda ini diperlukan dan relevan.
"Felda berjaya membangkitkan sosioekonomi orang Melayu, saya harap Menteri Besar Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan lain-lain, ambil (pendekatan ini) dan tolonglah kami (Orang Asli)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
![Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709286153_TBRAMLIMOHDNOR.jpg)
Ramli ketika membentangkan sesi libat urus bertajuk "Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli" pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.
![Pemberian sebagai cenderahati perluas pasaran, angkat martabat kraf tempatan Pemberian sebagai cenderahati perluas pasaran, angkat martabat kraf tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709459289_PusatKraftanganMir.jpg)
Pemberian sebagai cenderahati perluas pasaran, angkat martabat kraf tempatan
Pengusaha kraf menyifatkan langkah kerajaan sebagai membantu memperluaskan pasaran produk dan meningkatkan martabat kraf.
![Sekretariat tetap ditubuhkan jayakan resolusi KEB 2024 - Ahmad Zahid Sekretariat tetap ditubuhkan jayakan resolusi KEB 2024 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709418467_TBZahidHamidi.jpg)
Sekretariat tetap ditubuhkan jayakan resolusi KEB 2024 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua keputusan dan resolusi yang dibentang kluster dan kumpulan ini dikumpulkan oleh urus setia.
![KEB 2024 ketengahkan lebih 80 resolusi perkasa bumiputera KEB 2024 ketengahkan lebih 80 resolusi perkasa bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709414365_TBpesertaKEB.jpg)
KEB 2024 ketengahkan lebih 80 resolusi perkasa bumiputera
KEB menjadi platform pelbagai pihak dari latar belakang berbeza berkongsi pandangan dan idea berhubung permasalahan kaum bumiputera.
![Kerajaan Persekutuan perlu wujudkan ekosistem, lonjak ekonomi bumiputera di Sarawak dan Sabah Kerajaan Persekutuan perlu wujudkan ekosistem, lonjak ekonomi bumiputera di Sarawak dan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709384016_AmarAwangTengahAl.jpg)
Kerajaan Persekutuan perlu wujudkan ekosistem, lonjak ekonomi bumiputera di Sarawak dan Sabah
Kerajaan Persekutuan digesa mewujudkan ekosistem yang dapat melonjakkan penglibatan Bumiputera Sarawak dalam bidang keusahawanan dan ekonomi.
![Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702040621_TBNGAKORMING.jpg)
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
![Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709374460_TBANWAR.jpg)
Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.
![Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709373300_TBRAFIZI.jpg)
Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.
![Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709286153_TBRAMLIMOHDNOR.jpg)
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
![PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709244792_KEBAnwar.jpg)
PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera
KEB 2024 juga diharap dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.
![Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709225407_HafsahHashim.jpg)
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.