KUALA LUMPUR: Dua wakil blok kerajaan iaitu Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.
Keputusan dicapai melalui undi bersurat dalam kalangan ahli Parlimen.
Keputusan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menyaksikan Ramli memperoleh 148 undi, manakala Alice mendapat 146 undi.
Sementara itu, seorang lagi calon iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mewakili blok pembangkang memperolehi 74 undi.
Usul undi percaya, pelantikan Speaker tumpuan hari pertama persidangan Dewan Rakyat
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Ramli daripada Barisan Nasional (BN) dan Alice daripada DAP sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat serta disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mencadangkan jawatan berkenaan diisi oleh Mas Ermieyati, yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) bagi mewakili blok pembangkang.
Usul berkenaan disokong oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed (PN-Pas).
Pada persidangan sebelum ini, jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat disandang oleh Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said.
Bagaimanapun pada 23 Ogos tahun lepas, Azalina melepaskan jawatan itu, tetapi masih menjalankan tugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sementara sepanjang tempoh persidangan berlangsung.
BACA: Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok.
Ia adalah Persidangan Dewan Rakyat pertama di bawah Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu.
Hasimi Muhamad
Mon Dec 19 2022
![Ramli Mohd Nor, Alice Lau dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor, Alice Lau dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671433599_politik.jpg)
Ramli dan Alice dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini. - Gambar fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Ramli Mohd Nor, Alice Lau dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor, Alice Lau dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671433599_politik.jpg)
Ramli Mohd Nor, Alice Lau dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Dua wakil blok kerajaan iaitu Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.
![Azalina 'kejutkan' Dewan Rakyat, kembali pengerusikan sidang Parlimen Azalina 'kejutkan' Dewan Rakyat, kembali pengerusikan sidang Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631704070_AzalinaOthman.jpg)
Azalina 'kejutkan' Dewan Rakyat, kembali pengerusikan sidang Parlimen
Datuk Seri Azalina mengejutkan ahli Dewan Rakyat selepas muncul semula di kerusi speaker bagi mempengerusikan Sidang Parlimen Dewan Rakyat sesi petang.
![Sesuatu yang memalukan undi Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker - Howard Lee Sesuatu yang memalukan undi Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker - Howard Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629787002_TBMASLAN.jpg)
Sesuatu yang memalukan undi Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker - Howard Lee
Howard Lee berkata, Ahli Parlimen wajib untuk tidak mengundi Ahmad Maslan bagi mempertahankan martabat parlimen.
![Ingkar SOP: Timb Speaker Dewan Rakyat akan dipanggil beri keterangan - Ketua Polis Johor Ingkar SOP: Timb Speaker Dewan Rakyat akan dipanggil beri keterangan - Ketua Polis Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/61540816687_MohdRashidHasnon.jpg)
Ingkar SOP: Timb Speaker Dewan Rakyat akan dipanggil beri keterangan - Ketua Polis Johor
Polis Johor akan rakam kenyataan Mohd Rashid selepas tular foto beliau dan keluarganya menikmati juadah raya di sebuah inap desa.
![KRPPM Penambahbaikan Penjara dan Pusat Tahanan ditubuhkan KRPPM Penambahbaikan Penjara dan Pusat Tahanan ditubuhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604385719_AzalinaOthman.jpg)
KRPPM Penambahbaikan Penjara dan Pusat Tahanan ditubuhkan
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkam penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Penambahbaikan Penjara dan Pusat Tahanan.
![Tiada lagi 'Menteri Parlimen' selepas ini - Timbalan Speaker Tiada lagi 'Menteri Parlimen' selepas ini - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531991041_NgaKorming.jpg)
Tiada lagi 'Menteri Parlimen' selepas ini - Timbalan Speaker
Tidak akan ada lagi menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen selepas ini, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming.