KUALA LUMPUR: RHB Investment menjangkakan kebanyakan pemaju hartanah akan meningkatkan sasaran jualan mereka antara 10% hingga 15% pada tahun ini berbanding tahun lalu.
Katanya, unjuran itu dibuat kerana kebanyakan pemaju hartanah merancang untuk melancarkan lebih banyak projek di Iskandar Malaysia tahun ini.
Firma penyelidikan itu berkata, kerajaan Malaysia dan Singapura dijangka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) pada 11 Januari 2024.
Selain itu katanya, kemasukan Nvidia dan Microsoft baru-baru ini menunjukkan peningkatan keyakinan dalam kalangan pelabur asing, terutamanya dalam ruang pusat data.
"Kemasukan pelaburan dan peningkatan permintaan untuk tanah perindustrian memacu peningkatan harga tanah di Johor dan pemilik utama seperti UEM Sunrise Berhad dan Sunway Berhad mungkin menikmati penarafan semula nilai aset bersih sebenar (RNAV) pada masa hadapan," katanya dalam satu not akajian, hari ini.
RHB Investment berkata, pemulihan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura pada kos yang lebih rendah juga memberi impak positif kepada prospek hartanah.
"Kami berpendapat MyHSR Corp berkemungkinan memberikan beberapa kemas kini mengenai projek itu, terutamanya selepas tarikh akhir penyerahan cadangan konsep permintaan maklumat (RFI) yang dilanjutkan sehingga 15 Januari 2024.
"Kemajuan positif projek itu seharusnya menyaksikan peningkatan dalam permintaan hartanah, bukan sahaja di Iskandar Malaysia tetapi juga di Kuala Lumpur," katanya.
Firma penyelidikan itu kekal positif terhadap pasaran hartanah Iskandar Malaysia memandangkan penumpuan pelaburan berprofil tinggi dan pembangunan infrastruktur yang sedang berlaku di wilayah selatan.
Katanya, persekitaran makroekonomi keseluruhan, dasar kerajaan dan aliran pelaburan adalah menggalakkan dan akan menyokong pertumbuhan jualan hartanah pada 2024- 2025.
"Kami mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor hartanah dan UEM Sunrise (UEMS), Sunway serta IOI Properties merupakan pilihan utama di dalam sektor itu," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Jan 08 2024
![Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15% Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704678743_TBhartanahjpg.jpg)
RHB Investment kekal positif terhadap pasaran hartanah Iskandar Malaysia memandangkan penumpuan pelaburan berprofil tinggi dan pembangunan infrastruktur yang sedang berlaku di wilayah selatan. - Foto DagangNews
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
![Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737593082_tbrealestateharga.jpg)
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
![PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736889342_PedroSanchez.jpg)
PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU
Langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.
![Menteri Singapura akan keluarkan surat tuntutan berhubung 'rencana berunsur fitnah' Bloomberg Menteri Singapura akan keluarkan surat tuntutan berhubung 'rencana berunsur fitnah' Bloomberg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734360683_ShanmugamSeeLeng.jpg)
Menteri Singapura akan keluarkan surat tuntutan berhubung 'rencana berunsur fitnah' Bloomberg
Dua menteri Singapura akan mengeluarkan Surat Tuntutan berhubung artikel yang menyentuh urusan hartanah mereka.
![LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733281224_LBSBinaGrouphart.jpg)
LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan
LBS Bina Group Berhad, syarikat terkemuka dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, berjaya merangkul Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2024 oleh Deloitte.
![Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732289097_TBBINZAYED.jpg)
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
![Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729174138_RizaShahriz.jpg)
Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.
![Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665149867_generic.jpg)
Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah
Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025 walaupun beberapa cadangan yang dikemukakan bukan suatu perkara baharu, kata CIMB Securities Sdn Bhd
![1 juta rakyat New Zealand sukar miliki rumah 1 juta rakyat New Zealand sukar miliki rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665593402_Kaikoura.jpg)
1 juta rakyat New Zealand sukar miliki rumah
Kajian Consumer New Zealand mendapati, 41 peratus bukan pemilik rumah percaya mereka tidak memiliki kemampuan kewangan untuk memiliki rumah.
![Kerjaya dalam bidang hartanah kini menjadi pilihan ramai Kerjaya dalam bidang hartanah kini menjadi pilihan ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/51511356084_Bajet.jpg)
Kerjaya dalam bidang hartanah kini menjadi pilihan ramai
Ramai perunding baru daripada pelbagai bidang pendidikan yang berbeza memilih kerjaya dalam bidang hartanah sebagai pilihan utama masa kini.
![Presiden Indonesia bincang prospek pelaburan dengan taikun hartanah di Abu Dhabi Presiden Indonesia bincang prospek pelaburan dengan taikun hartanah di Abu Dhabi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681901813_jokowi.jpg)
Presiden Indonesia bincang prospek pelaburan dengan taikun hartanah di Abu Dhabi
Joko Widodo dijadual melawat Abu Dhabi minggu hadapan untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai potensi pelaburan di Nusantara.