PUTRAJAYA: Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara 2024-2030 dijangka siap dan diumumkan pada Mei ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani kesenjangan yang wujud dalam dasar sumber manusia sedia ada justeru Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi pelbagai sesi libat urus sedang mendapatkan input daripada pihak berkepentingan untuk membangunkan rangka kerja lengkap.
Bercakap dalam sidang media selepas sesi libat urus mega mengenai rangka kerja itu semalam, Sim berkata antara inti pati disentuh termasuk isu pemerkasaan wanita dalam pasaran kerja, agenda masyarakat menua dan kaedah menembusi pasaran kerja baharu antaranya industri hijau, digital dan kecerdasan pintar (AI).
"Semua ini mungkin ada kesenjangan atau gap dalam dokumen dasar pada masa kini, (jadi) kita ingin lihat atau selesaikan menerusi rangka kerja ini," katanya.
Sesi libat urus berkenaan dihadiri lebih daripada 1,000 pihak berkepentingan termasuk sektor awam, swasta, pihak majikan, wakil kesatuan kerja dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golongan belia dan orang kurang upaya.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Menurut Sim, kementerian itu juga mengalu-alukan input daripada rakyat Malaysia bagi membangunkan rangka kerja berkenaan yang boleh dimuat naik menerusi portal maklum balas di bawah KESUMA bermula hari ini hingga 18 April.
"Selepas 18 April, kementerian akan kumpulkan semua dapatan dan maklum balas serta dipertimbangkan...yang mana dilihat sesuai akan dimasukkan dalam Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara," katanya.
Ketika sesi libat urus berkenaan, beliau berkata terdapat pelbagai perkara diutarakan oleh pihak berkepentingan contohnya wakil majikan mahu kos perniagaan lebih kompetitif dan dapat mengurangkan proses birokrasi dan sebagainya.
"Manakala di pihak sektor kesihatan, mereka ingin melihat kepada kebajikan pekerja yang lebih baik, gaji lebih baik ataupun persekitaran suasana tempat kerja lebih sesuai dan di peringkat NGO pula kita mendapat maklum balas tentang pengiktirafan terhadap ekonomi ihsan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Steven Sim bercakap pada sesi town hall Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara 2024-2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, 18 Mac 2024. --fotoBERNAMA

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.

Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara diumum Mei ini - Sim
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani kesenjangan yang wujud dalam dasar sumber manusia sedia ada.