KUALA LUMPUR: Satu rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kebangsaan bagi sektor pembuatan sedang digubal dan selaras dengan usaha status pelepasan sifar bersih gas rumah hijau Malaysia menjelang 2050.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rangka kerja terbabit akan berdasarkan konsultasi dan libat urus dengan pemegang taruh tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalam sektor pembuatan, kawal selia dan kewangan.
"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyediakan satu kerangka kerja untuk mengarusperdanakan elemen ESG dalam pembangunan sektor pembuatan yang merangkumi empat perkara utama iaitu standard ESG, sokongan kewangan dan insentif, pembinaan keupayaan serta mekanisme pasaran seperti kredit karbon dan harga karbon," katanya dalam kenyataan hari ini selepas Sesi Dialog MITI 2022 yang diadakan semalam.
Menurut Mohamed Azmin, kemajuan kerangka kerja tersebut adalah bergantung kepada peringkat pencapaian dalam libat urus dan kolaborasi bersama pemegang taruh.
Menyentuh sesi dialog terbabit, beliau berkata, inisiatif tahunan MITI itu melibatkan pendekatan perundingan terhadap pihak berkepentingan dalam membantu merangka dan mengkaji semula dasar-dasar untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan perdagangan antarabangsa, pembangunan industri yang mampan dan pelaburan berkualiti.
Dialog itu melibatkan perbincangan bersama wakil-wakil perniagaan, persatuan industri Malaysia serta dewan perniagaan kebangsaan dan antarabangsa berkenaan strategi serta mencari penyelesaian yang terbaik dalam membangun ekosistem perdagangan dan pelaburan negara
Beliau turut menyifatkan sesi terbabit sebagai berhasil dengan perbincangan amat produktif yang disertai oleh lebih 12 kementerian dan 151 pertubuhan dan MITI telah menerima sebanyak 96 memorandum yang merangkumi 24 kategori daripada sejumlah 396 isu yang dikemukakan bersama usul bagi pertimbangan kerajaan.
"Beberapa cadangan yang diketengahkan dalam Dialog MITI akan dipanjangkan untuk pertimbangan Kementerian Kewangan dalam penggubalan Bajet 2023," katanya.
Menyentuh cabaran daripada perkembangan geopolitik dan geoekonomi ketika ini, beliau berkata, walaupun inflasi global di luar kawalan, kerajaan bertekad memastikan kemajuan produktiviti dan daya saing.
"Menerusi komitmen dan keyakinan, faktor-faktor ini merupakan tunjang ke arah kejayaan," katanya.
Bagi isu pekerja asing, beliau menegaskan, industri Malaysia perlu mencari penyelesaian jangka panjang ke arah menangani masalah kebergantungan terhadap tenaga kerja berkemahiran rendah.
Beliau juga menggesa sektor pembuatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terus melabur dan menggunakan teknologi pembuatan termaju bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Mohamed Azmin turut memberi jaminan bahawa MITI kekal komited untuk bekerjasama dalam menangani cabaran ke arah pemulihan ekonomi Malaysia dan meraih kedudukan lebih kukuh sebagai negara perdagangan global. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022

Satu rangka kerja alam sekitar, ESG kebangsaan bagi sektor pembuatan sedang digubal dan selaras dengan usaha status pelepasan sifar bersih gas rumah hijau Malaysia menjelang 2050, kata Mohamed Azmin Ali (kanan). - Gambar BERNAMA

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Syarikat Malaysia perlu ikuti, terima pakai rangka kerja ESG - Fadillah
Ia bagi memupuk kemampanan jangka panjang dan memberi kesan positif kepada alam sekitar dan masyarakat.

Rangka kerja ESG kebangsaan bagi sektor pembuatan sedang digubal - MITI
Rangka kerja terbabit akan berdasarkan konsultasi dan libat urus dengan pemegang taruh tempatan dan antarabangsa.