MAN UTD 3 BRENTFORD 0
Ralf Rangnick yakin Manchester United masih mampu mencabar kejuaraan utama tetapi dengan syarat perlu penambahan pemain berkualiti tinggi.
The Red Devils terus kemarau trofi untuk musim kelima dan hampir pasti akan terlepas kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
United di kedudukan keenam selepas membelasah Brentford 3-0 dalam perlawanan terakhir di Old Trafford musim ini, awal pagi tadi, tetapi kekal lima mata di belakang Arsenal untuk tiket terakhir Liga Juara-Juara (UCL).
Lantas, pengurus sementara United itu mengakui bahawa beberapa pembelian utama adalah amat ditagih sekiranya United berhasrat menyaingi Liverpool dan Manchester City.
Rangnick, yang akan digantikan oleh Erik ten Hag di penghujung musim ini, memberitahu Sky Sports: "Sudah jelas beberapa pemain akan pergi dan terdapat keperluan untuk pemain berkualiti tinggi.
“Saya cukup percaya seandainya semua orang bekerjasama, kami boleh membawa Man Utd kembali ke tempat yang diperlukan.
“Kelab lain hanya memerlukan dua atau tiga jendela perpindahan untuk mencabar kejuaraan tetapi mulai sekarang kami perlu membawa masuk pemain berkualiti tinggi yang benar-benar boleh membantu meningkatkan tahap kami.
"Jika ini berjalan lancar maka saya tidak fikir ia perlu mengambil masa terlalu lama untuk dibentuk."
Ditanya adakah dia masih belum bersemuka dengan pengurus baru, Ten Hag, yang masih menggalas tugas di Ajax, Rangnick menambah: "Setakat ini kami masih belum berkesempatan untuk berbincang.
"Fokus Erik adalah untuk memenangi liga di Belanda, tumpuan kami adalah kepada perlawanan sendiri."
Astro Arena
Tue May 03 2022

Para pemain Manchester United meraikan kejayaan selepas Bruno Fernandes menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Brentford di Stadium Old Trafford, Manchester, England, 2 Mei 2022. (Foto AP)
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Manchester United jimat cermat, lepaskan Alex Ferguson sebagai duta
Pemilik Manchester United, Sir Jim Ratcliffe, mencadangkan kepada bekas pengurus, Sir Alex Ferguson, bahawa susulan status kewangan kelab itu bermakna khidmat Ferguson sebagai duta kelab tidak lagi di

Beberapa pemain tidak cukup bagus, terlebih bayar - Ratcliffe
Kelab itu telah berbelanja besar dalam beberapa musim kebelakangan ini dengan memancing pemain seperti Antony dan Jadon Sancho.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.

Liga Europa: Manchester United diikat Real Sociedad
Perlawanan di Old Trafford menjadi medan penentuan pasukan paling layak pusingan seterusnya.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Noussair Mazraoui santuni komuniti muslim Manchester United di Old Trafford
"Jangan sesekali hilang kepercayaan dalam doa anda, melihat ibu-bapa anda begitu gembira adalah sesuatu yang membuatkan anda lebih bangga."

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.