KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas perantara LRT11 yang beroperasi antara Stesen Sentul Timur dan Bandaraya akan ditambah mulai esok bagi kemudahan orang ramai yang menggunakan laluan itu.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 15 bas perantara LRT11 akan beroperasi antara kedua-dua stesen itu dengan kekerapan setiap 10 minit.
"Penambahan bas perantara ini adalah bagi menyokong operasi tren antara Stesen Sentul Timur dan Bandaraya yang akan beroperasi dengan kekerapan setiap 24 minit mulai Isnin.
"Perkhidmatan bas tersebut yang telah diaktifkan semula pada Khamis lepas akan berhenti di Stesen Sentul Timur, Sentul, Titiwangsa, PWTC, Sultan Ismail dan Bandaraya," menurut kenyataan itu.
Lima tren yang sebelum ini digunakan antara Stesen Sentul Timur dan Bandaraya tidak dapat kembali ke depoh Transit Aliran Ringan (LRT) di Ampang untuk menjalani penyelenggaraan berikutan kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen Bandaraya yang dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran.
Bagaimanapun, hanya dua daripada lima tren itu kini memenuhi kriteria keselamatan dan operasi yang ditetapkan sementara tiga lagi telah dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.
"Kedua-dua tren tersebut akan digunakan secara bergilir mulai Isnin bagi memastikan kedua-duanya tidak terjejas dan dapat terus beroperasi pada tahap optimum sekali gus mengelak penutupan sepenuhnya stesen-stesen di antara Sentul Timur dan Bandaraya," menurut kenyataan itu.
Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang dalam tempoh itu dan akan terus mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengurangkan kesulitan yang dialami.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Sebanyak 15 bas perantara LRT11 akan beroperasi antara kedua-dua stesen itu dengan kekerapan setiap 10 minit. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: SPRM: Integrasi AI dalam operasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu
Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.
Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.
Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.
Eskalator terbakar di Jalan Ampang bukan seliaan Rapid Rail
Rapid Rail Sdn Bhd hari ini menjelaskan eskalator di Jalan Ampang di sini, yang terlibat dengan insiden kebakaran awal pagi tadi, bukan di bawah seliaan pihaknya.
Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek
Rapid Rail mengumumkan penutupan sementara kesemua pintu keluar atau masuk di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek mulai Khamis.
Kanvas tersekat bawah tren MRT, ramai terkandas
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan gangguan perkhidmatan MRT di Damansara apabila kanvas sebuah papan iklan terjatuh pada landasan.
Monorel Jalan Imbi-Hang Tuah dijamin selamat - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah adalah selamat.