KUALA LUMPUR: Senator Datuk Ras Adiba Radzi diumumkan sebagai antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) bagi 2023 yang dijadualkan berlangsung di Rumah Putih pada Rabu ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) hari ini, Setiausaha Negara, Anthony J.Blinken dan Wanita Pertama AS, Jill Biden akan menjadi hos acara tahunan itu.
"Majlis Anugerah IWOC akan memberi penghormatan kepada sekumpulan 11 wanita luar biasa dari seluruh dunia yang berusaha membina masa depan lebih cerah untuk semua," katanya.
Kenyataan itu menyebut Ras Adiba telah menghabiskan kebanyakan masa profesionalnya untuk memajukan serta mempromosi hak asasi manusia tanpa mementingkan diri sendiri dengan membantu populasi rentan dan menggunakan pelbagai platform untuk mengetengahkan ketidakadilan dalam masyarakat di Malaysia.
Pada Mei 2020, beliau dilantik sebagai senator bagi mewakili golongan kurang upaya.
Pada November 2020, Ras Adiba menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang merupakan momen bersejarah kerana Malaysia kekurangan pemimpin kaum hawa lebih-lebih lagi daripada golongan kurang upaya.
Ras Adiba juga pernah mewakili negara dalam acara menembak pada temasya sukan paralimpik dan mengabadikan namanya dalam Buku Rekod Malaysia kerana melakukan perjalanan sejauh 420 kilometer dengan berkerusi roda selama 13 hari dari Johor Bharu ke Putrajaya.
Penerima lain anugerah berprestij itu termasuk Dr Zakira Hekmat dari Afghanistan, Alba Rueda dari Argentina dan Donis Rios dari Costa Rica.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023

Ras Adiba diumum sebagai antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa bagi 2023 yang dijadual berlangsung di Rumah Putih pada Rabu. - Gambar fail BERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Persatuan OKU Sentral harap tindakan keras terhadap pelaku kes pukul di Terengganu
Persatuan OKU Sentral berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat kes pukul seorang lelaki OKU.

OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk kepada OKU
OKU Sentral menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled".

Wong Chun Wai pengerusi baharu Bernama
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, berkuat kuasa 1 Sept ini.

'Ras Adiba pernah bisik minta TPM sambung dua jawatan' - Nurulhidayah
Nurulhidayah mendakwa Ras Adiba pernah meminta bantuannya untuk menyambung kontrak sebagai Senator di Dewan Negara dan Pengerusi Bernama.

PRN: Ras Adiba sedia bertanding andai dicalonkan
Sekiranya tidak dicalonkan, Ras Adiba ikrar akan sokong dan berkempen untuk rakan seperjuangan dalam Perikatan Nasional.

Selepas Tun Faisal, kini Ras Adiba Radzi pula sertai Bersatu
Selepas Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengesahkan menyertai Bersatu, Datuk Ras Adiba Radzi pula kini sah mengambil langkah sama.

'Sampai orang kata saya tak betul' - Ras Adiba masih tunggu kepulangan Zalina
Menurut Ras Adiba, beliau sentiasa berfikiran positif, selain optimis terhadap keberadaan wanita yang pernah bergelar teman sekerjanya itu.

Ras Adiba seru masyarakat jadi mata dan telinga pihak berkuasa, elak kes aniaya anak OKU berulang
Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan kes penganiayaan terhadap anak-anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) berulang.

Ras Adiba antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023
Acara Anugerah Wanita Berani Antarabangsa bagi 2023 dijadual berlangsung di Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat pada Rabu.

Menu Rahmah: Kenyataan Ahli Parlimen Kapar cetus salah faham, hina OKU - Ras Adiba
Ras Adiba berkata, kenyataan itu boleh memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat selain menghina komuniti OKU di Malaysia.