Legasi datuk mengusahakan gerai rojak bergerak di pekan Kuala Pilah sejak tahun 30-an tidak pernah suram, malah diteruskan oleh Mohamad Rafi Ibrahim, 59 tahun, generasi ketiga kedai Mee & Rojak Ibrahim.
Jika ke Kuala Pilah, tidak lengkap rasanya kalau tidak menjamah rojak di gerai yang terletak di Pasar Besar Kuala Pilah yang memulakan perniagaan seawal jam 7.30 pagi.
Mana tidaknya, ada antara pengunjung yang sanggup datang dari luar Kuala Pilah, mahupun luar Negeri Sembilan, untuk merasai sendiri kelainan rasa rojak yang berbeza dari tempat-tempat lain.
Jelas Mohamad Rafi, kedai Mee & Rojak Ibrahim di Pasar Besar Kuala Pilah itu mula dibuka sejak tahun 1955 oleh arwah ayahnya, sebelum dia mengambil alih sepenuhnya pada tahun 2000.
Sebelum bapanya membuat keputusan membuka kedai di kawasan pasar tersebut, arwah datuknya terlebih awal memperkenalkan rojak turun temurun itu dengan menjaja di sekitar Kuala Pilah, menggunakan kereta tolak menjual rojak secara bergerak.
"Sebelum ni, datuk saya yang mengusahakan perniagaan ini. Tetapi, datuk tiada gerai seperti ini. Dia guna kereta tolak, ketika itu tahun 30an.
"Ini generasi ketiga. Sambutannya, Alhamdulillah, orang balik kampung selalu singgah. Yang bekerja di luar, balik kampung, singgah. Terutamanya pada hari cuti," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Jelas Mohamad Rafi, sejak dahulu, tiga menu utama yang dihidangkan kepada pelanggan ialah rojak biasa, rojak mee dan rojak kuih.
"Kelainannya di sini, kami ada dua kuah. Satu yang pedas, satu yang manis. Kita gabungkan yang manis dan pedas. Di sesetengah tempat, dia hanya jual yang manis sahaja."
Sementara itu, rata-rata pelanggan ketika ditemui Astro AWANI berkata, kedai Mee & Rojak Ibrahim sememangnya menjadi pilihan untuk menikmati menu berkenaan.
Ada antara mereka yang sanggup datang dari jauh semata-semata untuk mendapatkan rojak Ibrahim dan mengakui rasa 'manis-pedas' pada rojak itu menjadikannya lain daripada yang lain.
Salah seorang pelanggan, Norlin Mohd Nor, 51 tahun, seorang cikgu memandu dari Seremban, berkata dia mengunjungi kedai itu selepas berurusan dengan pejabat kerajaan berdekatan.
"Saya pergi buat lesen di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Pilah. Dari tadi dah teringat. Datang sahaja ke Kuala Pilah, mesti kena datang sini dulu. Mesti singgah sini.
"Datang sini, makan rojak mee ketika masih panas, barulah sedap. Kalau bungkus untuk dibawa balik, rojak jadi sejuk, kurang enak," katanya.
Manakala seorang penduduk tempatan, Mohd Sanawi Romli, 68 tahun, turut menceritakan kelainan rojak mee Ibrahim.
"Sekarang umur saya 68 tahun. Kedai ini memang dah sentiasa ada. Bermakna, dari zaman Ibrahim dulu kedai ini dibuka, macam inilah, orang penuh sentiasa. Ketika perayaan, sampai ke hujung sana orang memenuhi kedai ini.
"Kelainan rasa rojak mee dia ialah pada kuahnya yang pekat. Banyak pekerja dia yang apabila berhenti, cuba buka kedai sendiri, tetapi ia tak menjadi," katanya.
Khairunnisa Kasnoon, Shuhada Abdul Kadir
Wed Aug 15 2018
Mohamad Rafi membuka kedainya setiap hari dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Astro AWANI
AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.
Anak dituduh bunuh ibu direman tujuh hari
Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu kandungnya di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth pada Jumaat lalu direman tujuh hari.
Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden
Kerajaan Panama tidak akan memperbaharui memorandum persefahaman dengan China berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan, kata Presiden Jose Raul Mulino.
[TERKINI] PM nafi naik 14 peratus kadar tarif elektrik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan tarif elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus, bermula Julai ini.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Tiga maut seorang hilang, bot Basarnas Indonesia meletup di perairan Tidore
Sebuah bot milik Basarnas meletup di perairan Gita, Pulau Tidore, Maluku Utara pada Ahad malam, mengorbankan tiga nyawa manakala seorang lagi dilaporkan hilang.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.
Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.