ALOR SETAR: Rasa tidak sedap hati seorang wanita terjawab apabila rakan baiknya maut dipercayai ditikam suami sendiri akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu di sini, pagi semalam.
Rosima Dollah, 31 tahun, berkata, dia berasa tidak sedap hati apabila berkomunikasi kali terakhir dengan rakannya, Munira Abu Bakar, 31 tahun, pada Jumaat.
"Saya rasa pelik apabila dia tidak komen status WhatsApp seperti kebiasaan, selain memaklumkan tidak akan aktif dalam acara larian lagi selepas ini.
"Dia juga maklumkan agak tertekan ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.
Bagaimanapun, kata Rosima, dia terkejut apabila menerima khabar bahawa rakan baik yang dikenali selama 18 tahun itu telah meninggal dunia akibat dibunuh.
Ujarnya, dia sering membaca mengenai kes pembunuhan seumpama itu, namun tidak menyangka kejadian terbabit akan menimpa rakan baiknya.
Katanya, dia dengan seorang lagi rakan mereka digelar Along berkawan baik dengan mangsa sejak belajar bersama di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah.
Rosima menyifatkan, rakan baiknya dipanggil Angah itu merupakan seorang yang lemah lembut dan baik, malah sering menasihati dirinya.
"Dia selalu bagi nasihat, antaranya jangan buat benda yang tidak elok. Kami akan ambil nasihat dia sebagai contoh," katanya.
Rakan sekelas mangsa, Ifa Adah Sapri, 31, berkata, dia belajar bersama mangsa di Kolej Kejururawatan Masyarakat Kangar pada 2011.
Menurut Ifa, kejadian itu sangat mengejutkan kerana mangsa sememangnya dikenali sebagai seorang rakan yang baik dan lemah lembut.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pesara tentera menyerah diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis selepas menikam isterinya hingga maut dipercayai akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu di Arau pada pagi semalam.
Mangsa berusia 31 tahun merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berusia 38 tahun dipercayai mengesyaki isterinya itu berlaku curang dan dipercayai bergaduh dengan mangsa di ruang tamu rumah semasa mangsa mahu keluar bekerja. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 30 2023

Rosima menunjukkan gambar kenangan bersama arwah rakan baiknya. - Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.

Janda dibunuh selepas tolak lamaran teman lelaki
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tikaman dan mayatnya ditemui di tempat kejadian di bandar Bengaluru pada Sabtu lalu.

Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.

Angkara cemburu, lelaki ditikam lebih 40 kali
Polis Kelantan mendedahkan punca kematian seorang lelaki etnik Rohingya di Kampung Melor Lama di sini pada Selasa adalah angkara cemburu.

Rasa tak sedap hati jadi kenyataan, rakan baik maut ditikam
Rosima berkata, dia berasa tidak sedap hati apabila berkomunikasi kali terakhir dengan rakannya, Munira, pada Jumaat.

Sembilan direman bantu siasatan kes bunuh pengurus kerana tegur saiz payudara
Sembilan termasuk sepasang kekasih direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung insiden gaduh gempar yang menyebabkan kematian seorang pengurus sebuah syarikat.

Lelaki maut ditikam akibat kata-kata lucah, tujuh individu ditahan
Mangsa, seorang pengurus syarikat di Bukit Rambai berusia 35 tahun, maut selepas dipercayai ditikam di bahagian dada.

Lelaki maut ditikam, ditetak dalam pergaduhan
Seorang lelaki maut dipercayai ditikam dan ditetak dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di Kampung Baru, Bukit Mertajam.

Lima maut, 15 cedera ditikam dalam serangan rambang di China
Beberapa gambar dan video menunjukkan keadaan kucar-kacir di lokasi dengan mangsa yang maut dan cedera terbaring di jalanan mulai tular di media sosial.

Ibu tunggal maut dipercayai ditikam kekasih
Polis akan memanggil beberapa saksi termasuk dua anak mangsa yang berusia 6 dan 8 tahun bagi membantu siasatan.