KUALA TERENGGANU: "Saya rasa berdebar, rasa macam tak sedap hati, rupa-rupanya rumah terbakar," kata seorang mangsa kebakaran di Flat Kondo Rakyat Kuala Ibai, di sini.
Mohd Azwan Ali, 38, berkata, ketika kejadian dia berada di kedai untuk membeli barang sebelum menyedari rumahnya di tingkat empat terbakar kira-kira jam 4 petang Rabu.
Katanya, ketika itu isterinya, Nor Hazirah Zakri, 28, bersama anak bongsu, Ahmad Irfan Danial, 3, berada di rumah.
"Dalam perjalanan pulang ke rumah saya ternampak kepulan asap tebal dari bahagian bilik belakang rumah saya.
"Waktu itu hanya nampak asap, tak nampak api lagi. Saya terus parkir motosikal dan meluru ke atas untuk cari isteri dan anak.
"Malangnya tak boleh masuk sebab asap tebal sangat. Mujur, dari jauh saya nampak isteri dan anak berada di rumah jiran," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 4.50 petang.
"Kebakaran ini pada mulanya hanya melibatkan sebuah rumah sebelum merebak ke rumah bersebelahan di mana rumah kedua terbakar lebih 30 peratus.
"Pihak bomba mengalami kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana bumbung rumah tersebut berada di atas 'party wall'.
"Kita terpaksa buka bumbung untuk pastikan tiada kebakaran boleh berlaku atau merebak ke unit-unit lain," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Menurut Muhammad Basri, seramai 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan BBP Jalan Kota bersama empat jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan dua unit kediaman kos rendah itu dapat dikawal sepenuhnya jam 6 petang manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 09 2021
Dua unit rumah di tingkat empat Flat Kondo Rakyat, Kuala Ibai di Kuala Terengganu terbakar dalam kejadian pada petang Rabu. -Foto Sinar Harian
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Kompas hala tuju Sabah maju jaya
Berpandukan kompas hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Menteri Sabah berjaya meletakkan bahtera ini di haluan yang tepat demi memastikan rakyat negeri itu terima manfaatnya.
Perjanjian Trilateral Weststar satu langkah ke hadapan
Weststar mencatat sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Banjir Sabah, Sarawakc
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam lakar sejarah, dilantik menjadi PAT ke-23
Sejarah tercipta buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan di KLIA
Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
Senjata api dirampas dipercayai untuk dijual kepada kongsi gelap
Polis Pulau Pinang percaya senjata api yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan negeri itu pada Isnin lalu untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap.
Kerajaan jamin siasatan rapi, telus dilakukan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lalu sehingga menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera akan dijalankan dengan telus serta rapi.
PM tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bangun semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang cuba mempertikaikan usaha kerajaan membangunkan semula Gaza.
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.
24 motosikal musnah, bengkel terbakar
Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.
Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.
Tiga lelaki maut dalam kemalangan dua kereta di Tangkak
Tiga lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 45 Jalan Muar-Segamat di Tangkak, malam tadi.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di Skudai
Seorang lelaki melecur pada tangan kiri dalam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai di sini, petang tadi.
Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta
Mangsa berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
Arus deras di kawasan berkenaan menyukarkan pekerja berkenaan untuk keluar daripada kawasan itu.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan
Semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan dibawa ke tempat selamat.
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri