SHAH ALAM: Teknik pengusaha Khirwan's Pizza Parlor yang membakar piza menggunakan ketuhar bata memberikan rasa dan pengalaman unik kepada para pelanggan.
Walaupun hanya dijual di gerai di tepi jalan sekitar Bukit Jelutong di sini, namun kualiti pizanya adalah setanding dengan piza yang dijual di hotel lima bintang namun pada harga 'marhaen'.
Pemiliknya Khirwan Mustaqim Khir Anuar , 29, berkata idea menggunakan ketuhar bata muncul ketika bekerja di sebuah restoran mewah dan sejak itu dia mula belajar teknik membakar piza menggunakan ketuhar tersebut di beberapa restoran lain.
Bagi memulakan perniagaan dua tahun lepas, dia membeli ketuhar bata buatan tempatan dengan harga RM8,500 dan membawanya ke tapak niaga menggunakan kenderasaji.
Katanya, lebih menarik proses membakar piza menggunakan ketuhar bata itu memerlukan tempoh yang lebih singkat iaitu hanya sehingga dua minit untuk dimasak berbanding jika dibakar menggunakan ketuhar konvensional.
Beliau yang berpengalaman bekerja sebagai cef di hotel dan restoran selama enam tahun berkata, teknik itu juga dapat memastikan kandungan air dalam doh piza kurang tersejat dan menjadikan ia tidak liat dan kekal lembut.
"Uniknya ketuhar bata ini adalah bata itu sendiri, bila kita panaskan ketuhar itu kita memanaskan keseluruhan bata dan suhu terbaik untuk memasak piza ialah 450 darjah Celcius dan ke atas.
"Bila kita makan piza yang dibakar menggunakan ketuhar bata, ia memberikan rasa terbakar seperti makan sate dibakar menggunakan arang dan ia tidak boleh didapati melalui penggunaan ketuhar biasa," katanya kepada Bernama ketika ditemui di gerainya di Bukit Jelutong di sini.
Khirwan Mustaqim berkata setakat ini pihaknya mampu menjual sehingga 60 keping piza sehari bermula 6 petang hingga 10 malam dan menu dari Itali itu pernah laris terjual dalam masa dua jam susulan tular di Twitter.
"Saya menggunakan tepung gandum dari Itali yang teksturnya lebih nipis berbanding tepung gandum biasa, sos piza pun saya buat sendiri. Piza yang kami jual semuanya bersaiz 10 inci dan pelanggan boleh pilih daripada lapan jenis perisa dijual bermula pada harga RM18 hingga RM36," katanya.
Menurut Khirwan Mustaqim, minat dalam pembuatan piza timbul semasa bekerja sebagai cef yang membuatkan beliau tekad untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan tersebut bersama abangnya pada dua tahun lepas, iaitu ketika awal tempoh pandemik COVID-19.
Katanya, proses membuat piza bermula daripada menguli doh hingga makanan tersebut siap dibakar memberikan satu kepuasan kepadanya.
"Setiap tukang masak atau chef ada impian untuk buka kedai dan bila abang saya ajak saya untuk berniaga, saya ambil peluang itu dengan membuka gerai menjual piza dan membawa konsep bakar ketuhar bata di tepi jalan.
"Walaupun ketika itu kerajaan baru mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya tetap teruskan rancangan untuk berniaga dan tidak berpatah balik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023

Khirwan menunjukkan piza yang telah siap dibakar menggunakan ketuhar bata ketika tinjauan di Bukit Jelutong Shah Alam, 27 Feb 2023. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rasa unik piza dibakar dalam ketuhar bata
Walaupun dijual di tepi jalan, kualitinya setanding piza di hotel lima bintang namun pada harga 'marhaen'.