PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM977,560 terhadap bekas Ketua Umno Bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail atas 10 pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan akhir Abd Ghani, 56, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Hanipah berkata sebahagian besar alasan penghakiman Mahkamah Tinggi adalah tidak relevan dengan fakta bagi sembilan pertuduhan menerima rasuah, maka pandangan Mahkamah Tinggi sudah tentu memprejudiskan perayu.
Bagaimanapun, beliau berkata Mahkamah Rayuan mempunyai kuasa untuk mendengar semula rayuan berdasarkan keterangan di Mahkamah Sesyen.
"Setelah meneliti rekod rayuan dan kesemua keterangan serta alasan penghakiman Mahkamah Sesyen, kami dapati keputusan Mahkamah Sesyen boleh dipertahankan dan tidak terdapat apa-apa kekhilafan oleh Mahkamah Sesyen yang memerlukan campur tangan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
"Kami juga berpuas hati bahawa tidak terdapat kesilapan di peringkat Mahkamah Sesyen. Oleh itu, sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan manakala rayuan (bagi sembilan pertuduhan) ditolak," katanya yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.
Bagi satu lagi pertuduhan memperoleh suapan untuk melantik sebuah syarikat sebagai kontraktor, Hanipah berkata mahkamah berpendapat tidak terdapat kekhilafan oleh Mahkamah Tinggi yang memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.
"Hakim Mahkamah Tinggi telah mengguna pakai prinsip undang-undang yang betul kepada fakta rayuan bagi kes tersebut. Dengan itu, sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi adalah selamat, rayuan ditolak, keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata hakim itu.
Mengikut sembilan pertuduhan, Abd Ghani didakwa sebagai Ahli Jawatankuasa Tender, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika itu, memperoleh suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) berjumlah RM193,512.
Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.
Abd Ghani didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Desa Pandan antara 4 Ogos 2006 hingga 31 Mac 2007.
Bagi satu lagi pertuduhan, Abd Ghani didakwa memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.
Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.
Bagi kesemua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.
Difahamkan, Abd Ghani yang telah membayar denda tersebut (RM977,560) akan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula hari ini.
Pada 28 Dis 2012, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM977,560 ke atas Abd Ghani sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman sama terhadapnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal dan Samihah Rhazali manakala peguam Zamri Ibrahim mewakili Abd Ghani.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
![Rasuah: Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan kekal dipenjara lapan tahun, denda RM977,560 Rasuah: Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan kekal dipenjara lapan tahun, denda RM977,560](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677740727_AhliMajlismerangka.jpg)
Pada 28 Dis 2012, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM977,560 ke atas Abd Ghani sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman sama terhadapnya. - Fail/BERNAMA
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
![Rasuah: Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan kekal dipenjara lapan tahun, denda RM977,560 Rasuah: Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan kekal dipenjara lapan tahun, denda RM977,560](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677740727_AhliMajlismerangka.jpg)
Rasuah: Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan kekal dipenjara lapan tahun, denda RM977,560
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM977,560 terhadap bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail atas 10 pertuduhan menerima rasuah RM193,512.