KUALA LUMPUR: Akibat menerima rasuah berjumlah RM21,940 berhubung penjualan 21 kereta, seorang bekas ketua unit kereta terpakai sebuah syarikat automotif tempatan dipenjara tujuh hari dan didenda RM148,200 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Cheah Kuang Ming, 39, selepas dia mengaku bersalah atas 12 pertuduhan menerima rasuah daripada beberapa individu dan syarikat yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya di Maybank cawangan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail di sini antara 16 Julai 2019 dan 22 Julai 2021.
Bagi pertuduhan pertama hingga sembilan, Cheah dipenjara antara satu dan tiga hari bagi setiap kesalahan serta didenda berjumlah RM90,700 atau dipenjara 27 bulan lagi, jika gagal membayar denda tersebut.
Dia dipenjara tujuh hari dan didenda RM27,500 atau dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ke-10 dan tertuduh dipenjara tiga dan lima hari serta didenda berjumlah RM30,000 atau dipenjara lagi 14 bulan sekiranya tidak membayar denda, atas dua lagi pertuduhan.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh berjalan serentak bermula hari ini, menjadikan hukuman itu selama tujuh hari. Jika gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara 53 bulan.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Ketika rayuan, peguam Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara sehari dan denda minimum dengan alasan pengakuan salah anak guamnya telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.
"Anak guam saya telah menyesal dan insaf dengan kesalahannya dan dia tidak menyangka perbuatannya itu adalah satu kesalahan rasuah kerana dalam kes ini wang yang diterima adalah komisen atau tips. Anak guam saya banyak memberi sumbangan dalam kerja-kerja sukarelawan selain menanggung ibu bapanya yang telah uzur," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan hukuman penjara lebih seminggu dan denda dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakannya bertentangan dengan polisi pekerjaannya.
"Dalam kes ini, tertuduh tidak boleh menerima komisen kerana ia telah dinyatakan dalam kontrak kerjanya. Mahkamah juga boleh mengambil kira tempoh reman yang telah dilalui tertuduh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh berjalan serentak bermula hari ini, menjadikan hukuman itu selama tujuh hari. Jika gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara 53 bulan. - Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.