KUANTAN: Seorang bekas majistret dijatuhi hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1.05 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap enam kes pertuduhan berkaitan rasuah tiga tahun lalu.
Hukuman itu dijatuhkan terhadap Mohamad Amin Shahul Hamid, 41 tahun, oleh Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.
Bagaimanapun, semua hukuman penjara itu diperintahkan berjalan secara serentak iaitu penjara selama 12 tahun bermula tarikh sabitan.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 72 bulan, jika gagal membayar kesemua denda tersebut.
Tertuduh, yang pernah berkhidmat di Mahkamah Lipis dan Raub itu, didapati bersalah meminta suapan berjumlah RM100,000 dan menerima suapan bernilai RM110,000 daripada Hassan Basri Ahmad Sutan Modo di sekitar Lipis dan Raub antara 5 Julai hingga 22 Oktober 2019.
Suapan tersebut sebagai dorongan untuk hanya mengenakan denda dan tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Hassan Basri yang didakwa memiliki rokok seludup semasa kes itu didengar di hadapan tertuduh.
Mohamad Amin bersalah mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 9 Ogos tahun lalu, mahkamah selepas mendengar keterangan 15 saksi pendakwaan memerintahkan tertuduh membela diri terhadap semua pertuduhan.
Mohamad Amin memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah tanpa mengemukakan saksi lain bagi menyokong pembelaannya.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala tertuduh diwakili peguam, S Meheraj.
Sementara itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan tambahan RM25,000 bagi menangguhkan semua hukuman itu selepas pihak pembelaan mengemukakan permohonan untuk memfailkan keputusan berkenaan ke Mahkamah Rayuan.
Astro Awani
Fri Mar 18 2022
Mahkamah Sesyen Kuantan menjatuhkan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1.05 juta, terhadap bekas majistret yang didapati bersalah atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah, dua tahun lepas. - Foto BERNAMA
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Rasuah: Bekas majistret dihukum penjara 58 tahun, denda RM1.05 juta
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 58 tahun dan denda RM1.05 juta terhadap bekas majistret selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan meminta dan menerima suapa
Mahkamah putuskan kes rasuah bekas majistret 11 Jan depan
Kes melibatkan tertuduh Mohamad Amin Shahul Hamid, yang sebelum ini berkhidmat di mahkamah di Lipis dan Raub.