Seorang bekas timbalan pengarah Bahagian Kandungan dan Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta isterinya, masing-masing dihukum penjara lima dan empat tahun serta denda RM1.25 juta selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah membabitkan nilai RM250,000 berkaitan projek makmal forensik digital di suruhanjaya itu.
Hakim Mahkamah Sesyen M.Bakri Abd Majid membuat keputusan itu selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 40, dan Suraya Hani Ahmad Zaki, 33.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pasangan itu bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara namun memerintahkan mereka membayar denda.
Jika gagal berbuat demikian, Noor Mohamed Khan dan Suraya Hani berdepan hukuman penjara selama setahun.
Dalam penghakimannya, M.Bakri berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Noor Mohamed Khan kerana tertuduh didapati bertindak sebagai perancang selain melibatkan isteri dalam kesalahan itu.
Dia didakwa bersubahat dengan Suraya Hani, yang menerima suapan wang tunai RM250,000 daripada Ketua Pegawai Operasi Siaga Informatics Sdn Bhd Mohd Shukri Othman sebagai upah kononnya wanita itu telah membantu syarikat berkenaan memperoleh surat penganugerahan bagi tender untuk mereka bentuk, melaksana, menguji dan pentauliahan makmal forensik digital SKMM.
Noor Mohamed Khan, yang turut berdepan pertuduhan membantu Suraya Hani memperoleh tender berkenaan, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Siaga Informatics Sdn Bhd di Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre pada kira-kira 10.25 pagi, 14 Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 bergantung mana lebih tinggi.
Suraya Hani, bekas pengurus akaun sebuah syarikat swasta, didakwa menerima suapan itu.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke memanggil 40 saksi sementara pembelaan, yang diwakili peguam Nasir Aziz, mengemukakan empat saksi.
Astro Awani
Fri Apr 05 2013
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.
SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.
Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.
Gelandangan didakwa bunuh rakan
Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.
Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Pelajar maut selepas didenda 'squat jump' 100 kali
Suspek bakal dikenakan hukuman penjara maksimun 15 tahun penjara.
Berkemampuan, disiplin tinggi pikat majikan gaji bekas banduan
Permintaan pekerja daripada golongan Orang Diparol dan Orang Bebas Berlesen di Melaka meningkat susulan kemampuan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan mereka dalam pekerjaan.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Ugut, khianat, cederakan kekasih: Penjual burger dihukum penjara enam bulan, denda RM1,000
Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
Lelaki didakwa jalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan memberikan pinjaman wang tanpa lesen, Isnin lepas.