MEREKA yang terbabit dalam ekonomi hitam merupakan individu yang mempunyai pangkat kuasa dan wang.
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Mohd Hanif Omar berkata, ia menjadi salah satu punca gerakan ini sukar untuk dihapuskan.
"Mereka ini diterima dan dapat tempat dalam masyarakat kerana faktor wang.
"Mereka boleh jadi Datuk dan ada juga sekarang ini telahpun diangkat menjadi Tan Sri. Orang macam ini (boleh mendapat gelaran) iaitu pengendali ekonomi hitam," katanya dalam satu video temu ramah bersama Sinar Harian.
Beliau yang juga bekas Ketua Polis Negara turut mendedahkan gerakan underground yang berani membuat tawaran jutaan ringgit kepada bakal Ketua Polis Negara.
"Saya dengar gerakan ini mengarahkan bekas pegawai polis terdahulu yang sudah berada di tangan mereka untuk menghampiri bakal KPN untuk membuat tawaran.
"Kalau beliau (bakal Ketua Polis Negara) itu bekerjasama dan tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti mereka, dia akan dapat habuan. Tetapi habuan itu tidak begitu ketara di mata kerajaan atau pihak berkaitan.
"Bila dah pencen, mereka berjanji akan memberi RM20 juta, RM40 juta.
Berikutan maklumat yang diterima, Mohd Hanif kemudian berjumpa dengan bakal Ketua Polis Negara terbabit untuk mendapatkan gambaran sebenar.
“Saya tanya adakah mereka (gerakan underground) datang jumpa? Dia (bakal KPN) cakap ‘ada’.. Saya kata baiklah, terpulang kepada awak apa nak buat, saya nak bagi amaran sahaja.
“Jadi inilah keadaannya, gerakan ini boleh membeli parti, mereka boleh beli listed companies, sebab itulah kita perlu berperang tangani perkara ini habis-habisan,” ujarnya.
Beliau turut memberikan contoh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dikatakan tidak digemari oleh individu dalam pasukan PDRM sendiri disebabkan perang melawan gerakan underground ini.
“Bukan semua suka itu, dalam pasukan polis pun ada yang tidak suka dia memerangi underground ini kerana mereka ini tali barut.
“Saya dulu begitu juga, bila saya jadi masalah kepada mereka, mereka bincang dalam kantin polis di Klang, mereka katakan ‘Ini IGP kuku besi, kita nak bergerak pun tidak boleh’.
"Mereka berbincang dalam kantin polis di Klang. Ada kerani (dalam perbincangan itu) berkata, apa susahnya, IGP (Ketua Polis Negara) sebelum dia tu kena tembak mati, satu peluru cukuplah (untuk Hanif).
"Sebab itu, bukan perkara mudah nak perangi mereka," tambahnya.
MPM kini menggerakkan Gerakan Jihad Rakyat yang akan menjadi satu platform yang menyediakan saluran ke arah usaha bersepadu memerangi rasuah anjuran MPM bersama beberapa institusi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Astro Awani
Sat Feb 13 2021

Tun Hanif turut mendedahkan gerakan yang berani membuat tawaran jutaan ringgit kepada bakal Ketua Polis Negara. - Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rasuah Busters: Sukar hapus aktiviti ekonomi hitam, pengendalinya diterima masyarakat - Tun Hanif
Bekas Ketua Polis Negara ini turut mendedahkan gerakan yang berani membuat tawaran jutaan ringgit kepada bakal Ketua Polis Negara.