KUALA LUMPUR:Tiada lagi penganugerahan tender projek secara terus atau secara tertutup, sebaliknya semua tender projek akan melalui proses secara terbuka, kata Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Dr Rais Hussin.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, agensi itu turut memperkenalkan Had Kuasa Budi Bicara (DAL) khusus untuk menjelaskan pembatasan kuasa pihak berkenaan, termasuk proses dan pelaporan yang akan mengurus tadbir kesemua geran dan sumber di bawah MDEC.
Jelasnya lagi, ini merupakan inisiatif MDEC untuk memastikan tiada unsur rasuah atau salah laku yang melibatkan agensi berkenaan dalam pengurusan projek.
“Rasuah seringkali menyebabkan kesan ketidakseimbangan kepada golongan miskin, menyeleweng dana khusus untuk pembangunan, membocorkan sumber awam, serta meremehkan fungsi kerajaan untuk menyediakan keperluan asas.
“MDEC sangat komited dengan ketelusan radikal, akauntabiliti, serta integriti di bawah misi ‘MDEC Reinvent’, yang akan memacu strategi kami untuk ke hadapan, sekaligus memastikan kami dapat berkhidmat dengan lebih baik untuk rakyat dan industri berkaitan,” katanya lagi.
Rais berkata, MDEC juga telah menggunakan khidmat KPMG dan Ernst & Young untuk menyediakan khidmat nasihat bagi mengukuhkan proses urus tadbir dalam agensi itu.
MDEC Reinvent, jelas beliau lagi, mempunyai misi untuk mempromosi proses dan polisi urus tadbir yang mementingkan tahap kompeten yang tinggi, akauntabiliti, serta ketelusan radikal, dan menitikberatkan konsep ‘know-how’ berbanding ‘know-who’.
“Keberkesanan inisiatif Rasuah Busters oleh Sinar Harian bukan sahaja bergantung kepada tahap kesedaran, tetapi penyertaan yang berterusan dan proaktif daripada kesemua pihak berkepentingan dalam ekosistem ini.
“Peningkatan pendidikan, penguatkuasaan, dan keinginan politik yang kuat sangat diperlukan bagi memastikan usaha transformasi Malaysia sebagai pusat Digital ASEAN, serta meningkatkan kesejahteraan hidup setiap rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Feb 09 2021
Jelas Rais ini merupakan inisiatif MDEC untuk memastikan tiada unsur rasuah atau salah laku yang melibatkan agensi berkenaan dalam pengurusan projek. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Laporan terbaharu menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.
Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas
Pemacu Blu-Ray untuk PS5 Pro serta PS5 Slim turut tidak boleh membaca cakera permainan fizikal kerana tidak dapat disahkan dalam talian.
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
Rasuah Busters: Tiada lagi tender terus atau tertutup dalam MDEC - Rais Hussin
Ia antara inisiatif MDEC untuk memastikan tiada unsur rasuah atau salah laku yang melibatkan agensi berkenaan dalam pengurusan projek.
Beware of the Fitch rating that can hurl Malaysia into a ditch
Credit rating agencies cannot be trusted, as the key navigator to steer the macro or micro economy of Malaysia, says Dr Rais.
Agenda Bumiputera PPBM lebih baik daripada UMNO - Rais Hussin
Polisi itu secara realistiknya harus memastikan semua masyarakat bumiputera menerima kesan daripadanya.