SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan didenda RM20,000 atau penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan memberi suapan kepada jurutera Tenaga Nasional Bhd (TNB) supaya tidak memotong bekalan elektrik di premisnya antara 2019 dan 2021.
Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan, selepas Ng Yin Wui, 41, mengaku bersalah bagi kesemua kesalahan tersebut.
Mengikut pertuduhan, Ng didakwa memberi lima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM8,000 kepada seorang jurutera TNB berusia 31 tahun sebagai dorongan kepada lelaki itu supaya tidak memotong bekalan elektrik di premis tertuduh atas kesalahan mencuri serta mengubah suai meter elektrik di bawah Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990,.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua restoran di Sunway Mentari, Petaling Jaya antara 1 Nov 2019 dan 15 Nov 2021.
Pemilik kilang plastik kitar semula berkenaan didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman berbentuk denda yang ringan dengan alasan dia penanggung utama keluarga dan perbuatan itu adalah kesalahan pertamanya.
"Saya harap hakim beri saya peluang, saya sangat sedih, saya minta maaf dan berharap tidak dipenjarakan," rayunya sambil menangis.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) V. Yunaisvari memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam dan jumlah yang terlibat.
"Mahkamah perlu menitik berat hukuman sebagai pengajaran kepada tertuduh, langkah-langkah pencegahan perlu diketat serta ditekankan kepada masyarakat bahawa mahkamah dan undang-undang tidak akan berkompromi dengan kesalahan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan, selepas Ng Yin Wui, 41, mengaku bersalah bagi kesemua kesalahan tersebut. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.