KUALA LUMPUR: Rasuah merupakan punca utama aktiviti cetak rompak masih terus terus berleluasa biarpun telah lama cuba dibendung oleh pemain industri kreatif, kata pengarah filem Nasir Jani.
Nasir menegaskan selagi kegiatan rasuah tidak dibanteras, maka usaha untuk menghapuskan cetak rompak juga akan menemui jalan buntu.
Nasir berpendapat, lanun-lanun cetak rompak akan meneruskan aktiviti kerana ada pihak-pihak yang memudahkan urusan mereka dengan menerima rasuah.
"Secara umumnya ini disebabkan satu benda sahaja iaitu rasuah, selagi rasuah boleh dijadikan salah satu cara untuk lanun-lanun ini bergiat atau terus menjadi lanun, masalah ini tidak akan selesai.
"Yang sebenar rasuahlah puncanya, itu sahaja, daripada dulu sampailah sekarang yang menjadi segala punca kepada masalah ini adalah rasuah.
"Kalau tidak boleh hapuskan rasuah, susahlah juga nak hapuskan lanun-lanun dan kegiatan cetak rompak," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau juga menegaskan, lanun-lanun cetak rompak berani untuk meneruskan kegiatan mereka kerana kuasa wang yang ada boleh membeli mereka yang berkuasa.
"Lanun-lanun ini boleh beli pihak yang berkuasa, boleh memberi rasuah kepada pihak yang menjalankan penguatkuasaan.
"Dengan rasuah itu juga, mereka yang sepatutnya membanteras kegiatan cetak rompak menjadi pihak yang melindungi lanun-lanun ini.
"Ini berlaku kerana kuasa wang yang ada pada lanun-lanun ini sangat besar hingga mereka boleh terus menjalankan kegiatan mereka sehingga kini," katanya.
Jelas beliau, isu cetak rompak bukan baharu namun ia masih gagal dibanteras kerana ia dilihat tidak merbahaya sepertimana penyalagunaan dadah dan jenayah lain.
Malah beliau menjelaskan, cetak rompak merupakan satu kegiatan jenayah yang memperolehi keuntungan yang besar sejak zaman kegemilangan seniman Tan Sri P.Ramlee.
BACA: 'Kalau kerajaan tidak bersungguh, sampai kiamat pun cetak rompak tak selesai ...' - Yusof Haslam
BACA: Astro akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membendung cetak rompak
BACA: RM3 bilion hasil kecurian cetak rompak, hukuman setimpal tidak boleh dilengahkan
Nasir tekenal dengan filem, Kembara Seniman Jalanan yang mengangkat isu cetak rompak yang berlaku dalam bidang muzik.
Baru-baru ini, seorang pengarah syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah memiliki enam kotak media yang mempunyai perisian tidak sah mengikut Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Irwan Muhammad Zain
Wed Feb 24 2021

Nasir Jani berkata, isu cetak rompak bukan baharu namun ia masih gagal dibanteras kerana ia dilihat tidak merbahaya sepertimana penyalagunaan dadah dan jenayah lain. - Gambar FB Nasir Jani
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

#NoToLanun: Didik keburukan 'mencuri' sejak kecil - Sheila Rusly
Sheila Rusly berpendapat ibu bapa perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak tentang keburukan mencuri sejak mereka kecil lagi.

Kukuhkan 'home cinema', hasilkan karya sesuai citarasa penonton lawan cetak rompak
Penonton sebenarnya tidak kedekut untuk mengeluarkan wang namun akses kepada karya itu perlu mudah dengan kualiti yang menepati citarasa.

#NoToLanun : Lelaki pertonton filem tanpa kebenaran ditahan
KPDNHEP menahan seorang lelaki menahan seorang lelaki kerana disyaki menyebabkan karya filem dipertunjukkan di hadapan awam tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

#NoToLanun: Kepesatan teknologi antara cabaran utama perangi cetak rompak
Situasi itu mendambakan kerjasama lebih erat antara semua pihak berkepentingan termasuklah kerajaan, dan penggiat seni.

Tegas tangani cetak rompak, sama macam tangani kesalahan langgar SOP - Siti Rosmizah
Novelis dan penulis skrip Siti Rosmizah berpendapat, hanya undang-undang ketat mampu membawa perubahan pada isu cetak rompak.

Jenayah cetak rompak perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran - David Teo
Sukatan mata pelajaran pendidikan negara perlu ditambah baik dengan memasukkan elemen mengenai cetak rompak sebagai usaha memerangi jenayah itu.

#NoToLanun: Muat naik secara haram? Anda sedang diperhatikan! - Finas
Finas dan agensi berkaitan telah mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.

#NoToLanun: "Orang ramai tak sedar mereka mencuri, anggap karya seni semuanya percuma" - Rosyam
Rosyam Nor berpendapat, masalah cetak rompak sebetulnya berakar umbi pada ketiadaan penguatkuasaan yang tegas oleh pihak berwajib.

Cetak rompak: Apa kesudahannya?
Malaysia seharusnya bertindak lebih tegas dengan menyekat akses internet kepada domain-domain yang dikaitkan dengan laman penstriman filem cetak rompak.

#NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid
Menurut pengarah Mamat Khalid, dengan rasa hormat itu, ia boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli barangan cetak rompak.