JOHOR BAHRU: Bekas ketua penolong pegawai daerah Segamat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM10,000 tahun lalu.
Tertuduh, Nazri Izuddin Madon, 37 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut kertas pertuduhan, Nazri menerima wang suapan RM10,000 dari seorang individu di Pejabat Daerah Segamat, kira-kira jam 2.45 petang 19 Okt 2020.
Ia sebagai dorongan untuk tertuduh melantik syarikat tertentu bagi melaksanakan kerja projek bantuan rumah negeri Johor dalam daerah Segamat bagi 2020.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama.
Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi boleh dikenakan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Rahim Ali.
Terdahulu, Lim menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain perlu melapor diri di Pejabat SPRM Negeri Johor setiap bulan.
Peguam tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM7,000 berikutan tertuduh, yang masih berkhidmat di sebuah agensi kerajaan negeri di sini, menanggung dua anak dengan seorang daripadanya mempunyai penyakit ekzema.
Malah, kata peguamnya, isteri tertuduh terpaksa bercuti sementara bagi memberi tumpuan menjaga anak mereka selain Nazri sendiri mempunyai mempunyai masalah penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Hakim kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah selain perlu melapor diri di Pejabat SPRM Negeri Johor setiap bulan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Ogos ini bagi penyerahan dokumen.
Astro Awani
Tue Jul 27 2021
Nazri Izuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini terhadap pertuduhan menerima suapan RM10,000 daripada seorang individu bagi melaksanakan kerja projek bantuan rumah negeri Johor tahun lalu. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).
Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.