TAWAU: Seorang Timbalan Pendakwa Raya dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM250,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan meminta suapan untuk menyelesaikan kes mahkamah, sembilan tahun lepas.
Hakim Jason Juga membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Kamalia Yahdi, 41, di akhir kes pembelaan.
Mahkamah juga turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman 24 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Bagaimanapun, tertuduh memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Kamalia yang bertugas di Jabatan Peguam Negara Sabah Cawangan Tawau didakwa meminta suapan RM50,000 daripada dua individu sebagai dorongan menarik balik kes TWU-83-54/3-2015 dan TWU-83-76/4/2015 yang dibicarakan di Mahkamah Majistret Tawau.
Kesalahan itu dilakukan di Cafe@7 Hotel Promenade, Tawau, kira-kira jam 5 petang pada 15 Mei 2015, mengikut Seksyen 16(a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Kesalahan di bawah seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat serta Siti Amirah Muhammad Ali manakala tertuduh diwakili peguam Arthur Borine.
Kamalia sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Jan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Mengikut pertuduhan, Kamalia yang bertugas di Jabatan Peguam Negara Sabah Cawangan Tawau didakwa meminta suapan RM50,000 daripada dua individu. - Gambar hiasan

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Rasuah: Timbalan Pendakwa Raya dipenjara setahun, denda RM250,000
Seorang Timbalan Pendakwa Raya dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM250,000 selepas didapati bersalah atas pertuduhan meminta suapan.