KUALA TERENGGANU: Ratu kayak Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Shahida Asyiqin Rusli tekad memilih untuk memberikan fokus kepada pelajaran sekali gus melepaskan impiannya dalam bidang sukan.
Shahida Asyiqin yang berpeluang mewakili negara ke Sukan SEA 2023 memilih untuk bersara pada usia 18 tahun dan kini menunggu tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Sukan yang menjadi cita-citanya.
Atlet kelahiran Kuala Terengganu itu berkata keputusan dibuat tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuk ibu bapa yang sentiasa memberikan galakan untuk beliau meneruskan karier dalam bidang sukan.
"Saya tidak nafikan ada juga rasa rugi tetapi keputusan saya muktamad... dah nekad hendak bersara.
"Keluarga ada nasihat supaya saya teruskan bermain (bersukan), tetapi saya tidak mahu kerana hendak tumpu sepenuhnya pada pelajaran. Akhirnya, mereka diam dan terima saja keputusan saya," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Shahida Asyiqin berkata beliau sedia mempertimbangkan untuk bertanding di peringkat IPT sekiranya diterima masuk ke mana-mana universiti.
"Saya memang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tetapi sehingga kini belum ada perkembangan," katanya.
Shahida Asyiqin mencipta rekod tersendiri pada Sukma 2022 di Kuala Lumpur apabila memenangi empat pingat emas, tiga perak dan enam gangsa.
Beliau turut memecahkan tiga rekod kebangsaan dalam acara Kayak Single 100 meter wanita, Kayak Single 500 meter wanita dan Kayak Four 100 meter wanita.
Kejayaan tersebut membolehkan beliau dianugerahkan insentif tertinggi Sukma sebanyak RM33,500 oleh kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Shahida Asyiqin kini menunggu tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi bagi meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Sukan yang menjadi cita-citanya. - Foto Sinar Harian

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Pemuda berkayak ditelan paus humpback di Chile
Adrian dan bapanya sedang berkayak di Punta Arenas dan secara tiba-tiba dia hilang daripada pandangan bapanya.

Pusat latihan kejurulatihan kayak bakal dibangunkan di Politeknik Ibrahim Sultan
Pusat latihan itu dijangka melatih sebanyak 30 jurulatih kayak yang kemudiannya akan dihantar ke politeknik di seluruh negara.

Ratu kayak Sukma tekad bersara di usia muda
Keputusan dibuat tidak dipengaruhi sesiapa termasuk ibu bapa yang sentiasa memberi galakan untuknya meneruskan karier dalam bidang sukan.

Mayat warga Singapura lemas ketika berkayak dibawa pulang ke negara asal
Mayat peserta kayak warga Singapura yang ditemui terapung di perairan kemaman telah dibawa pulang ke negara asalnya pada Jumaat.

Mayat wanita lemas ketika berkayak dibawa pulang ke Singapura
Mayat mendiang telah melalui proses bedah siasat pasukan forensik Hospital Kemaman kira-kira pukul 12 tengah hari Khamis, dan selesai pada 3.30 petang.

Kayak milik dua rakyat Singapura hilang di perairan Mersing ditemui
Kayak dipercayai milik dua warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di Perairan Endau, ditemui kira-kira 12.30 tengah hari pada Selasa.

Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing
Operasi SAR digerakkan pada 3.30 petang tadi dan Pangkalan Hadapan Carilamat turut ditubuhkan di Jeti Penumpang Penyabong, Endau.

Kayak terbalik: 16 jam bertarung nyawa, dua pelancong dijumpai selamat
Pesawat udara yang berlepas dari Stesen Udara Maritim Subang pada jam 7.12 pagi itu membuat rondaan di sekitar perairan Tanjung Tuan sebelum terlihat objek seperti jaket keselamatan.

Dua pelancong tempatan dikhuatiri lemas
Mereka memulakan aktiviti kayak sekitar jam 2 petang sebelum terperangkap dalam pusaran air.