PEMERGIAN yang dicemburui, kebaikannya disebut-sebut dan urusan wafatnya dipermudahkan.
Mungkin itulah bahagian Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang menghembuskan nafas terakhir selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi jangkitan COVID-19.
Meninggal dunia dalam keadaan yang baik (husnul khatimah) menjadi impian setiap mukmin.
Nona tertarik berkongsi pengalaman seorang pegawai perubatan kerajaan, Dr Mohammad Aiman Hazim yang terlibat secara langsung di unit COVID-19.
Pengalaman beliau yang berdepan pelbagai situasi melibatkan pesakit COVID-19 termasuk ramai ibu hamil benar-benar menyedarkan betapa kematian itu sangat pasti dan dekat dengan kita.
“Kisah Allahyarhamah Siti Sarah bukanlah yang pertama dan bukanlah yang terakhir.
"Kami yang bekerja di hospital terutama yang merawat secara terus pesakit COVID-19 telah melihat ratusan ibu mengandung yang dimasukkan ke hospital kerana wabak pandemik ini, malah puluhan yang terpaksa dikejarkan ke ICU.
"Cuma mungkin Allah ingin memuliakan beliau dengan mengangkat kisah ini tular sebagai satu peringatan kepada kita bahawa komplikasi COVID-19 itu benar.
BACA: "Dunia ini sangat sepi" - Raissuddin kongsi perasaannya saat terima berita pemergian Siti Sarah
BACA: Kisahnya seperti arwah Siti Sarah, kini harapkan Allah beri peluang kedua buat isteri
"COVID-19 di sebalik kehamilan ini sangat sukar. Sukar untuk diceritakan. Keluarga tidak boleh berjumpa.
"Komplikasi bayi pramatang sudah pasti akan berlaku apabila ibu hamil positif COVID-19 terpaksa menjalani pembedahan semasa proses melahirkan bagi mengelakkan risiko yang lebih serius.
"Anak dan ibu diasingkan. Suami dipisahkan. Hanya dapat menelefon dari kejauhan bertanya….
"‘Doktor, isteri saya bagaimana?’ Hanya suara anak-anak kecil kedengaran di corong telefon menangis bila boleh berjumpa dengan ibu?
"Sukar, sangat sukar. Sebaik dimasukkan ke ICU, hanya panggilan telefon saja yang dibenarkan.
"Banyak kisah yang tidak ditularkan, tetapi kita di hospital tahu kisah ini bukan pertama.
"Ada yang kematian ibu dan ayah tercinta; ada adik-beradik yang meninggal walaupun usia muda dan tiada penyakit.
"Trend terkini ramai pesakit yang muda-muda bawah 40-an mula menempah masuk ke wad-wad memerlukan bantuan oksigen.
"Berada di sebalik wad COVID-19 mengajar kepada diri ini, bahawa Allah adalah tempat kita berserah. Selain berusaha dengan beriktiar dengan cara yang ada.
“Cukuplah ini menjadi satu peringatan.
"Persiapan terhadap segala kemungkinan sangat perlu terutama yang mengejut sewaktu pandemik.
"Beramal dan bertaqwalah. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat kita bersama.
"Kita pasti akan menyusul.
"Al-fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita."
Semoga perkongsian Dr Aiman Hazim ini meningkatkan kewaspadaan kita terhadap betapa berisikonya penyakit COVID-19, sekaligus melindungi diri serta ahli keluarga daripada jangkitan.
Artikel asal di Nona
Nona
Tue Aug 10 2021
Allahyarham Siti Sarah Raissuddin (kiri) melahirkan anaknya yang keempat sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi jangkitan COVID-19. -Instagram
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.
Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.