BALIK PULAU: Hujan lebat lebih yang berterusan selama tiga jam menyebabkan ratusan buah rumah di Teluk Kumbar, Balik Pulau dan Teluk Bahang dinaiki air hingga setengah meter berikutan banjir kilat hari ini.
Hujan lebat sejak 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa jalan raya terutama di Pulau Betong, Balik Pulau tidak boleh dilalui dengan kenderaan ringan kerana air melimpahi jalan dengan arus kuat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Mohd Tuah Ismail berkata antara kampung yang dilanda banjir ialah Sungai Burung, Kampung Terang, Titi Teras, Taman Seri Indah dan Pulau Betong dengan setiap kampung atau taman membabitkan lebih 20 rumah dan ada kediaman dimasuki air hingga hampir satu meter.
"Selepas menerima maklumat berhubung kejadian banjir kilat, saya terus turun memantau dan setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan namun mereka telah mengambil langkah segera dengan menyelamatkan barangan terutama peralatan elektrik di rumah masing-masing.
"Ada rumah dilanda banjir hingga paras pinggang orang dewasa iaitu kira-kira satu meter dan beberapa jalan raya turut dinaiki air hingga paras lutut dengan arus deras, ia berbahaya kepada kenderaan ringgan seperti motosikal. Saya minta semua orang lebih berhati-hati kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Tuah berkata sehingga 6 petang ini, hujan masih renyai-renyai dan pasukannya masih memantau kawasan terjejas bagi melihat bantuan keperluan yang diperlukan penduduk.
Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Syukri Razak, 50-an yang tinggal di Pulau Betong berkata, dia dan ahli keluarga lain bertungkus-lumus memindahkan perabot serta barangan elektrik ke tempat lebih tinggi kerana bimbang keadaan banjir boleh menjadi lebih buruk.
Katanya, air mula naik dan memasuki rumah sekitar 4.30 petang tadi berikutan hujan lebat tanpa henti dan dia bernasib baik kerana sempat memindahkan barangan elektrik ke tingkat atas rumah dua tingkatnya.
"Air mula naik di pekarangan rumah hingga ke paras lutut sebelum masuk ke dalam rumah, walaupun hujan telah mula renyai sejak 6 petang namun banjir tidak menunjukkan surut. Jika keadaan makin teruk kami mungkin pindah ke pusat pemindahan kerana bimbang keselamatan," katanya.
Sementara itu, ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata puluhan rumah di Teluk Kumbar di sini turut dilanda banjir kilat dan pusat pemindahan transit untuk mangsa banjir telah dibuka di Dewan Al Barakah, Masjid Maqbul Teluk Kumbar.
"Saya telah maklumkan kepada penduduk yang rumah mereka dilanda banjir agar berpindah segera kerana banjir kilat agak luar biasa ini menjejaskan sekitar 300 buah keluarga berikutan hujan lebat dan berpanjangan," katanya.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang memantau situasi banjir dikawasan terlibat dan akan membantu memindahkan mangsa banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
Hujan lebat sejak 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa jalan raya terutama di Pulau Betong, Balik Pulau tidak boleh dilalui dengan kenderaan ringan kerana air melimpahi jalan dengan arus kuat. - Gambar/ Media sosial
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Qatar, Turki tolak cadangan Trump 'bersihkan' Gaza
Menteri Luar Qatar dan Turki menentang rancangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk "membersihkan" Semenanjung Gaza.
Israel terus serang Tebing Barat
Rakyat Palestin pada Isnin mengadakan upacara pengebumian tujuh daripada sekurang-kurangnya 22 orang yang terbunuh akibat serangan Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki sejak dua minggu lalu.
Mexico, Amerika Syarikat tangguh pelaksanaan tarif sebulan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum penangguhan pelaksanaan tarif baru terhadap Mexico selama sebulan.
Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."
Hanya beberapa jam sebelum dilaksana, Trump tangguh tarif ke atas Mexico, Kanada
Trump tangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara jiran itu.
Polis buru suspek pecah rumah
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi di sini pada Sabtu.
Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.
Perang dagang, bekalan beras jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu perang dagang dan penghasilan beras tempatan menjadi tumpuan utama di Dewan Rakyat hari ini. Isu itu dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).