LABUAN: Ratusan suami isteri jarak jauh dari Sabah yang tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dapat bertemu pasangan masing-masing tanah besar itu meskipun kelonggaran perjalanan rentas daerah serta negeri bagi golongan tersebut telah diumumkan dan berkuat kuasa hari ini.
Kebanyakan mereka terdiri daripada penjawat awam yang berkhidmat di pelbagai agensi kerajaan di sini dan hanya sebilangan kecil bekerja dalam sektor swasta.
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Sabah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi perjalanan rentas daerah dan negeri untuk pengunjung dari Labuan.
Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah juga perlu meneliti semula SOP bagi perjalanan rentas daerah dan negeri untuk pengunjung dari Labuan.
Katanya, Labuan telah pun mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus penduduk dewasanya melengkapkan vaksinasi bagi COVID-19 dan Wilayah Persekutuan itu juga memiliki kadar kebolehjangkitan paling rendah dengan hanya satu kes baharu dilaporkan hari ini.
"Memandangkan Labuan telah berjaya melandaikan keluk COVID-19, SOP perjalanan rentas daerah dan negeri Sabah (bagi pengunjung dari Labuan) hendaklah dilonggarkan... tiada keperluan mendapatkan kebenaran khas untuk perjalanan rentas daerah dan negeri (permohonan dibuat secara dalam talian) daripada jawatankuasa itu yang mengambil masa agak lama untuk mendapat kelulusan manakala syarat perlu menjalani ujian saringan Tindak Balas Rantaian Polimerase (PCR) (bagi memasuki Sabah) hendaklah digantikan dengan sekadar melakukan ujian RTK-Ag," katanya kepada Bernama.
Rozman berkata, surat berhubung perkara itu akan dihantar kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor secepat mungkin untuk pertimbangan.
Beliau berkata, meskipun Labuan adalah sebuah Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan, pulau bebas cukai itu masih banyak bergantung kepada sumber dari Sabah terutama dari segi bekalan makanan.
"Labuan dan Sabah tidak boleh berpisah kerana ribuan penduduk Sabah masih tinggal di pulau ini sama ada untuk bekerja atau mempunyai sanak-saudara di sini... oleh itu, bagi pihak penduduk setempat dan pasangan suami isteri jarak jauh terbabit, kami memohon agar Kerajaan Negeri Sabah meneliti semula langkah melonggarkan SOP bagi perjalanan rentas daerah dan negeri," katanya.
Jeffrey Nian, penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Penerangan Labuan berkata, beliau tidak berjumpa dengan isteri dan anak-anaknya sejak empat bulan lepas.
"Saya amat gembira apabila mendengar kelonggaran diberikan berhubung perjalanan rentas daerah dan negeri kepada pasangan suami isteri jarak jauh yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Ahad ... malangnya, ia tidak terpakai di Sabah dan ini bermakna saya masih tidak dapat melakukan perjalanan untuk berjumpa isteri saya di tanah besar, oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri Sabah boleh mempertimbang nasib rakyat Sabah (seperti saya) di Labuan," katanya.
Khairul Idin, wartawan Wilayahku pula berkata, beliau terpaksa tinggal berjauhan daripada isterinya yang kini di Sandakan sejak April lepas.
"Saya telah menghantar isteri balik ke Sandakan selepas dia melahirkan bayi sulung kami untuk berpantang dan ketika itu, terdapat sedikit kelonggaran dalam sekatan perjalanan rentas negeri di Sabah namun kini kami langsung tidak boleh berjumpa kerana SOP bagi perjalanan ke Sabah terlalu ketat untuk pengunjung dari Labuan.
"... agak sedih juga apabila saya hanya mampu meluangkan masa selama beberapa hari untuk bersama dengan bayi saya sebelum menghantar mereka pulang ke Sandakan," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Labuan, Rithuan Ismail berkata, tidak ada sekatan bagi pengunjung dari Labuan untuk ke Sabah jika mereka memiliki permit polis, hasil ujian PCR mereka negatif dan mendapat kebenaran melakukan perjalanan rentas negeri daripada Kerajaan Negeri Sabah. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Sabah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi perjalanan rentas daerah dan negeri untuk pengunjung dari Labuan. - Gambar BERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri
Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.

Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF
Pasangan suami isteri ini tidak menyangka penderitaan mereka mendapat perhatian istimewa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Jenazah suami isteri maut kemalangan di Thailand selamat dikebumikan
Lebih 200 terdiri dari ahli keluarga dan rakan Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.

Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian
Mahkamah tidak membenarkan kedua-duanya diikat jamin selain mengarahkan melantik peguam dan menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum
Dua senjata api jenis mesingan tiruan antara yang dirampas pihak polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di Lintang Bayan.

Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan
Polis membongkar aktiviti pengedaran 'biskut ganja' yang dijual serendah RM50 untuk satu bekas dengan penahanan empat individu termasuk tiga beranak di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.

Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.