KUALA LUMPUR: Syawal yang disambut umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Malaysia sudah tentu meriah.
Daripada baju sehingga ke barangan rumah semuanya dibeli baharu bagi meraikan Aidilfitri lebih meriah. Namun tidak semua insan mempunyai nasib yang sama.
Bagi Mohd Tharim Mohd Said, 52, seorang pengutip barangan terpakai di ibu kota apabila Aidilfitri kali ini disambut secara sederhana.
Jika sebelum ini penulis pernah menyiarkan artikel mengenai bagaimana beliau meneruskan hidup dengan menarik barangan terpakai menggunakan kenderaan yang diubah suainya melebihi 18 kilometer setiap hari.
Aidilfitri kali ini ternyata lebih meruntum jiwa dan sayu buat Mohd Tharim tatkala mengenangkan dugaan yang dihadapinya.
"InsyAllah buat masa ini saya rasa saya cukup, dengan ada biik, kerusi roda, dengan ada pendapatan harian saya rasa semua sudah terlalu cukup untuk saya.
"Saya sudah 50 tahun, saya mungkin habiskan masa saya beramal lebih banyak buat penonton doakan saya mudah-mudahan saya dapat berjalan," jelasnya ketika ditemui.
Aidilfitri bermakna
Tambah Mohd Tharim, Aidilfitri kali ini lebih bermakna apabila empat orang anaknya turut mengunjunginya pada hari raya pertama.
Meskipun hanya singkat, namun baginya ia terlalu bermakna dan menyuntik rasa kegembiraan menyambut syawal.
"Pagi raya apabila dapat salam dengan anak-anak cukup bermakna dah bila minta maaf dan ampun.
"Keadaan hari raya kali ini ia terlalu meriah di persekitaran, maklumlah saya ni pengutip sampah kan di tepi jalan. Di mana-mana kita tengok persekitaran cukup meriah, cukup ramai orang.
"Malam terakhir Ramadan pun cukup ramai orang masih orang berbelanja di Masjid India. Saya jam 5 pagi pun belum balik lagi. Bila anak-anak nak sampai ke sini, baru balik ke rumah sebenarnya nak mengisi masa itu supaya tidak terasa sangat dengan kehadiran Aidilfitri," ujarnya sambil mengesat mata.
Walaupun menahan sebak, namun air matanya gugur ketika menceritakan bagaimana beliau merindui beraya bersama keluarga tercinta di Jelebu, Negeri Sembilan.
Tidak mahu bebankan keluarga
Bukan tidak mahu pulang, ujar Mohd Tharim, namun dia lebih memilih untuk meneruskan kehidupan secara sederhana di ibu kota.
Kehidupannya berubah pada Ogos 2021, apabila tulang di bahagian pinggang, pinggul, peha dan betisnya patah selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah banggunan di ibu kota ketika menjalankan kerja mengecat.
Sejak itu, hanya tongkat dan kerusi roda menjadi peneman Mohd Tharim sepanjang masa terutama ketika mencari barangan terpakai di sekitar ibu kota.
Setiap hari 18 kilometer ditempuhinya, mencari kotak, tin aluminium, plastik dan barangan yang boleh dijual keesokkan harinya di kedai barangan lusuh.
"Bila anak-anak datang pagi raya bersalam, walaupun diorang ajak balik ke kampung. Anak tidak setuju dengan apa abang buat ini, sebenaranya anak-anak malu apabila abang buat kerja macam ini.
"Abang pernah tanya dengan anak-anak, mereka lebih rela abang minta sedekah di depan bank daripada buat kerja seperti ini.
"Tapi bagi abang, ada prinsip abang memang setuju bahawa abang digelar pengutip sampah dan abang jadikan sebagai satu karier," katanya lagi.
Sudah menyewa bilik
Jika sebelum ini setiap hari, Mohd Tharim tinggal berbumbungkan langit di sebuah jalan berhampiran Kampung Bharu, namun kini beliau sudah tinggal di sebuah bilik yang disewanya di Lorong Haji Taib 2.
Semuanya atas sumbangan insan tertentu yang membayarkan deposit serta satu bulan sewa RM550 buatnya. Bagaimanapun, komitmennya kini bertambah dan terpaksa mengerah keringat lebih masa bagi menampung sewaan itu.
"Kalau dulu waktu macam ini abang sedap tidur. Waktu lepas Zohor, abang akan lena sekejap selepas Asar abang akan jalan tapi buat masa sekarang abang kena tambah satu lagi pusingan untuk duit.
"Maknanya abang perlu RM15 hingga RM17 untuk duit bilik bagi pastikan tabung duit cukup sampai bulan depan.
"Untuk Aidilfitri ini abang ada wang pendahulan hari itu (atas sumbangan individu) jadi abang akan bayar bulan Julai akan datang. Maka abang sudah kurangkan simpanan harian, daripada RM17 kepada RM8 untuk tabung bilik," katanya lagi.
Penulis berkesempatan untuk melihat kawasan bilik Mohd Tharim di Lorong Haji Taib 2, ternyata keadaannya yang serba kekurangan di mata penulis, namun sudah cukup selesa buat dirinya.
Jika sebelum ini setiap kali masuk waktu solat, Masjid Kampung Bharu atau Masjid Dang Wangi ditujunya, namun kini sudah ada bilik untuk beliau beribadah dan merehatkan diri.
Ketika berbual, penulis sempat menyampaikan juadah raya seperti ketupat dan rendang bagi meraikan syawal bersama Mohd Tharim.
Teringin ketupat dan rendang
Bagaimanapun mata Mohd Tharim seolah-olah berkaca, terlihat air mata bergenang tatkala menikmati juadah itu.
Ditanya mengapa dia sebak, jelas Mohd Tharim sudah sebulan beliau cuba teringin untuk menikmati juadah raya itu.
"Satu perkara abang tak dapat lupa apa yang tuan bawa (ketupat dan rendang) itu merupakan secara kebetulan itu merupakan makanan wajib bagi kami (keluarga).
"Mungkin tuan bawa secara kebetulan, mungkin Allah katakan takpalah Fendi, selama sebulan engkau memang nak makan (ketupat dan rendang), Jadi Allah hantar melalui tuan, jadi itulah," ujar Mohd Tharim.
Beberapa rumah terbuka dihadirinya, namun tidak berkesempatan untuk menikmati juadah yang telah lama diidamkan itu.
"Walaupun semalam saya ada di rumah terbuka, tapi masih belum sempat dapat ketupat dan rendang.
"Hari ini akhirnya, makanan itu sampai kepada saya, tak payah saya pergi ambil pun. Daripada pertama puasa sampailah akhirnya dapat juga merasa," jelas bapa kepada empat orang anak itu sambil mengesat air mata.
Sudah cuba terbaik
Hampir sejam temubual dijalankan bersama Mohd Tharim, jam sudah menunjukkan 3 petang, soalan terakhir penulis kepadanya agar beliau dapat menzahirkan ucapan hari raya kepada keluarganya di kampung.
Pada masa sama, ujar Mohd Tharim, impiannya hanya satu iaitu meraikan Syawal bersama anak-anaknya.
"Bagi saya kalau ditakdirkan satu masa nanti, saya dapat beraya dengan anak anak, dengan isteri mungkin mustahil.
"Tapi kalau dengan anak-anak, itu merupakan kebahagian yang paling agung dalam hidup saya. Itu mungkin kemuncaknya yang Allah bagi pada saya.
"Tapi dihujung usia ini, kita tidak boleh mengharapkan terlalu banyak, cuma saya harapkan semoga esok masih ada nafas Allah pinjamkan pada saya, itu je," kata Mohd Tharim.
Tetap sayang keluarga
Meskipun redha dengan ketentuan ilahi bahawa beliau akan berpisah dengan isterinya Mei ini, namun Mohd Tharim tetap akan menyayangi isteri dan anak-anaknya sampai bila-bila.
"Untuk keluarga abang, rasa abang dah buat yang terbaik, walaupun Umi (isteri) minta berpisah dengan abang walaupun abang terima dan redha
"Tetapi jauh di sudut hati abang akan tetap menyayangi umi sampai bila-bila. Anak-anak jangan lupa apa pun Umi lakukan, Umi tetap Umi kamu.
"Akhir kalam, 10 jari saya susun, saya mohon seikhlasnya seandainya Aidilfitri ini adalah Aidilfitri terakhir bagi saya.
"Ampunkan dosa saya dan seandainya ada hutang tolong halalkan dan jangan jadi beban kepada keluarga, dan anak-anak saya," ujar Mohd Tharim lagi.
Ketika artikel ini diterbitkan, Mohd Tharim masih lagi di luar sana mencari rezeki, sesuap nasi bagi meneruskan kehidupannya.
Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan mahupun bantuan, boleh berhubung dengan Mohd Tharim di talian berikut 017-3649480
Fareez Azman
Thu May 05 2022
Mohd Tharim Mohd Said menggunakan kenderaan diubah suainya setiap hari untuk mencari barangan terpakai. - Astro AWANI
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
'Raya kali ini lebih bermakna buat saya' - Pengutip barangan terpakai
Seorang pengutip barangan terpakai di ibu kota apabila Aidilfitri kali ini disambut secara sederhana.