KUALA LUMPUR: Keluarga penyampai berita TV3, Raymond Goh menegaskan laporan dan khabar angin yang tersebar mendakwa selebriti itu sudah meninggal dunia adalah palsu sepenuhnya.
Menerusi kenyataan isterinya, Faridah Teh dan keluarga, mereka memaklumkan Goh kini masih hidup dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.
Menurut kenyataan itu, keluarga meminta semua pihak mengabaikan berita tersebut kerana hanya keluarga yang akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status kesihatan Goh.
“Keluarga memohon kerjasama semua orang untuk tidak berkongsi sebarang berita palsu, gambar yang tidak sesuai atau laporan mendakwa Goh sudah meninggal dunia.
BACA: Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita Raymond Goh
“Kami menggesa semua orang dan media untuk mengesahkan fakta diterima sebelum menyebarkannya.
“Kami akan memberikan situasi terkini berhubung kesihatan Goh dari semasa ke semasa melalui kenyataan rasmi daripada keluarga,” menurut kenyataan itu.
Astro AWANI pada 1 September lepas melaporkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.
Turut mendoakan kesembuhan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, penyampai berita itu dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
Goh atau nama sebenarnya Mohd Zaman Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O'clock News dan kemudian beralih kepada Nightline di stesen televisyen berkenaan.
Beliau telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.
Ridauddin Daud
Tue Sep 05 2023

Menerusi kenyataan isterinya, Faridah Teh dan keluarga, mereka memaklumkan Goh kini masih hidup dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Pembaca berita TV3 bersuara emas Raymond Goh selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Zaman Goh Abdullah @ Raymond Goh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, sekitar 5.30 petang pada Selasa.

Dunia penyiaran akan merindui pembaca berita TV3 Raymond Goh - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penyampai berita TV3, Raymond Goh yang meninggal dunia pada pagi Selasa.

Raymond Goh masih hidup, henti sebar berita palsu - Keluarga
Keluarga penyampai berita TV3, Raymond Goh menegaskan laporan dan khabar angin yang tersebar mendakwa selebriti itu sudah meninggal dunia adalah palsu sepenuhnya.

Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita Raymond Goh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan penyampai berita TV3 Raymond Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.