KUANTAN: Permintaan dua beradik untuk membeli aiskrim buat kali terakhir menjadi kenangan sukar dilupakan buat ibu dan bapanya apabila kedua-duanya bersama seorang lagi anak lelaki mereka maut dalam kemalangan di Jalan Benta-Lamir berhampiran Kampung Langgar, pada Sabtu.
Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, serta Nik Ikram Nuqman, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bapanya, Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41, berkata, Nik Nur Faqihah dan anak bongsunya, Nik Ikram Nuqman merayu kepada ibunya, Nur Baizura Mustafa, 33, supaya memberi sedikit wang untuk membeli aiskrim pada hari kejadian.
Menurutnya, Nik Nur Faqihah memberitahu itu adalah permintaan terakhir daripada mereka berdua.
"Nik Nur Faqihah kata, hari ini (Sabtu) last (terakhir) saya hendak makan aiskrim manakala adiknya (Nik Ikram Nuqman) pula merayu-rayu dan meminta izin dengan ibunya untuk pergi ke kedai.
"Dua beradik itu kemudian bersama abangnya (Nik Ikram Idwan) menaiki motosikal untuk membeli aiskrim di sebuah kedai namun ketika dalam perjalanan balik motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pekan pada Ahad.
Dia yang bekerja sebagai pemotong rumput mendapat tahu mengenai permintaan terakhir dua anaknya itu daripada Nur Baizura.
Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, berita mengenai kemalangan maut membabitkan ketiga-tiga anaknya diketahui selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 1 tengah hari Sabtu ketika sedang bekerja.
"Bila isteri cakap tiga anak kita sudah tiada, saya ingat dia (isteri) main-main, tetapi selepas melihat gambar anak-anak terbaring atas jalan, saya rasa hiba dan sedih.
"Selepas itu, saya bergegas pulang dan tidak dibenarkan untuk melihat anak-anak yang kaku di atas jalan raya," ujarnya dengan nada sebak.
Bagaimanapun, anak kelahiran Besut Terengganu itu mengakui reda dengan pemergian ketiga-tiga anaknya, namun terselit rasa terkilan kerana tidak dapat melihat Nik Ikram Idwan menyambungkan semula persekolahan selepas Hari Raya Aidiladha.
Katanya, segala kelengkapan seperti pakaian, kasut sudah dibeli dan proses pendaftaran sekolah sedang dilaksanakan.
"Dia ( Nik Ikram Idwan) beli motosikal dengan usaha sendiri semata-mata untuk memudahkan ke sekolah, tapi Allah lebih menyayanginya," katanya.
Pada Sabtu kira kira jam 12.30 tengahari tiga beradik, Nik Ikram Idwan dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, dan Nik Ikram Nuqman maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir, berhampiran Kampung Langgar.
Ketiga-tiga jenazah dijangka akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Pekan pada Ahad. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 25 2023

Nik Mohd Khairul Hisyam dan Nur Baizura ditenangkan oleh ahli keluarga ketika menunggu untuk menuntut jenazah tiga anaknya di Hospital Pekan pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

'Rayu nak pergi kedai, beli ais krim untuk kali terakhir'
Berita membabitkan ketiga-tiga anaknya diketahui selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 1 tengah hari Sabtu ketika sedang bekerja.

Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV
Kejadian pada tengah hari Sabtu itu meragut nyawa Nik Ikram Idwan dan adik-adiknya, Nik Nur Faqihah dan Nik Ikram Nuqman.

Tiga beradik maut dalam nahas di Lahad Datu
Dalam kejadian itu, tiga beradik yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Banjir Kelantan: ST siasat kes tiga beradik maut kena renjatan elektrik
Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang meragut tiga nyawa akibat terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan semalam bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Maut renjatan elektrik: 'Kami hilang tiga permata sekali gus'
Ketiga-tiga mangsa renjatan elektrik iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33, Sakinah, 29, serta Noor Fathiah, 27, merupakan anak perempuan yang mereka ada daripada lapan beradik.

Maut renjatan elektrik: Nor Syazwani guru komited
Pemergian guru tadika, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, mangsa banjir yang maut akibat terkena renjatan elektrik pada Isnin disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat warga pendidik di Pasti.

TNB siasat insiden tiga beradik maut kena renjatan elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan siasatan insiden tiga beradik maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam bencana banjir di Kelantan.

Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik
Tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak, di Tumpat pada Isnin.