PUTRAJAYA: Rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 6 September.
Ia disahkan oleh peguamnya Amer Hamzah Arshad, apabila dihubungi Bernama hari ini.
Pengurusan kes berhubung perkara itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.
Pada 12 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan sedemikian selepas mendapati kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.
Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling, mendapat perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.
Dia menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.
Selain itu, Abdul Azeez juga menghadapi 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Abang kepada Abdul Azeez, Datuk Abdul Latif, yang pada mulanya didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dengan adiknya, didakwa menerima RM4 juta sebagai upah membantu syarikat Menuju Asas mendapatkan projek jalan raya secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.
Abdul Latif, 63, dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada Februari selepas pihak pendakwaan mengemukakan permohonan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
![Rayuan Abdul Azeez batalkan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, didengar 6 September Rayuan Abdul Azeez batalkan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, didengar 6 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623140555_AzeezAbdulRahim.jpg)
Abdul Azeez mendapat perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu. - Astro AWANI/Shahir Omar
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Kes kenyataan jelik: Sebutan rayuan keputusan kes Jamal Yunos 17 Ogos Kes kenyataan jelik: Sebutan rayuan keputusan kes Jamal Yunos 17 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684396735_JamalMdYunos.jpg)
Kes kenyataan jelik: Sebutan rayuan keputusan kes Jamal Yunos 17 Ogos
Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Ogos bagi sebutan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Ampang yang membebaskan Datuk Seri Jamal Md Yunos.
![Rosmah bersalah: Rayuan kes ambil masa antara enam bulan sehingga setahun - Pakar Rosmah bersalah: Rayuan kes ambil masa antara enam bulan sehingga setahun - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662031118_RosmahMansor.jpg)
Rosmah bersalah: Rayuan kes ambil masa antara enam bulan sehingga setahun - Pakar
Tiada istilah kes itu akan dibawa dipercepat atau ditangguhkan, kerana semua kes perlu mengikut turutan.
![Lim Guan Eng mohon kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi Lim Guan Eng mohon kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625821724_LimGuanEng.jpg)
Lim Guan Eng mohon kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi
Guan Eng membuat permohonan pemindahan itu agar keputusan berkaitan kes berkenaan boleh dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan.
![Rayuan Abdul Azeez batalkan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, didengar 6 September Rayuan Abdul Azeez batalkan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, didengar 6 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623140555_AzeezAbdulRahim.jpg)
Rayuan Abdul Azeez batalkan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, didengar 6 September
Pengurusan kes berhubung perkara itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.