PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari sebagai ahli Parlimen kawasan itu, ditetapkan untuk pengurusan kes pada Isnin ini.
Perkara ini disahkan peguam Nizamuddin Hamid yang mewakili Mohamed Azmin dan peguam N.Yohendra yang mewakili pengundi itu, semasa dihubungi Bernama selepas kes tersebut didengar secara dalam talian di hadapan tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Nordin Hassan.
Pengurusan kes yang ditetapkan pada 10 Jan adalah untuk menetapkan tarikh mendengar rayuan, menurut kedua-dua peguam itu.
Dalam prosiding hari ini, mahkamah membenarkan permohonan Mohamed Azmin untuk menyelaraskan rekod rayuan kerana kesilapan tidak disengajakan berhubung kebolehgunaan Arahan Ketua Hakim Negara.
Ini selepas peguam Daniel Choo Vern Kai yang mewakili pengundi tidak membantah permohonan itu. Peguam Nurul Najwa Zainuddin mewakili Mohamed Azmin.
Pada 10 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Azmin untuk membatalkan saman yang difailkan 10 pengundi itu terhadapnya.
Pada hari yang sama, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir juga menolak permohonan pengundi berkenaan untuk memadamkan sebahagian pernyataan pembelaan Mohamed Azmin.
Pada 27 Nov 2020, 10 pengundi itu memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, pengundi tersebut antara lain memohon pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajiban fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.
Mereka menuntut ganti rugi keterlaluan dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamed Azmin memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan saman tersebut tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah sebaliknya mengaibkan, bersifat remeh, menyusahkan atau membawa kepada suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022
Dalam prosiding hari ini, mahkamah membenarkan permohonan Mohamed Azmin untuk menyelaraskan rekod rayuan kerana kesilapan tidak disengajakan berhubung kebolehgunaan Arahan Ketua Hakim Negara. - Gambar fail
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.