PUTRAJAYA: Rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Chang dalam satu kenyataan hari ini berkata, selepas pertimbangan, beliau memutuskan untuk menolak rayuan Lynas itu selepas satu sesi pendengaran diadakan pada 28 April lalu bagi mendengar rayuan Lynas berhubung keputusan AELB itu.
Namun, beliau bersetuju untuk melanjutkan tempoh operasi kilang 'cracking and leaching' (C&L) Lynas sehingga 31 Disember ini selepas mengambil kira kesan keputusan terhadap rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global.
"Jadi, berkuat kuasa 1 Januari 2024, Lynas perlu memastikan loji C&L di luar negara mula beroperasi dan Lynas tidak lagi dibenarkan untuk mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi ke Malaysia," katanya.
Sebelum ini, AELB menolak permohonan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen berkaitan pengurusan sisa Water Leach Purification (WLP) selepas Julai 2023, aktiviti C&L di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dan pengimportan pekatan lantanid dari Australia.
Keputusan itu bermakna Lynas tidak lagi boleh menghasilkan sisa radioaktif tambahan selepas Julai 2023.
Chang berkata, keputusan yang dibuat oleh menteri adalah muktamad berdasarkan Seksyen 32(5), Akta Perlesenan Tenaga Atom.
"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan ekonomi, perlindungan alam sekitar dan kesihatan awam," katanya.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia Madani memahami kepentingan industri nadir bumi dan komited untuk memastikan sebarang urusan perniagaan yang dijalankan berkaitan industri berkenaan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat.
"Justeru, keputusan ini diambil selepas penilaian yang teliti, berlandaskan prinsip kelestarian, pembangunan dan keselamatan," katanya.
Chang berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan industri nadir bumi di Malaysia berkembang secara bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta piawaian yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
![Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682678334_LynasMalaysia.jpg)
Chang berkata keputusan yang dibuat oleh menteri adalah muktamad berdasarkan Seksyen 32(5), Akta Perlesenan Tenaga Atom. - Gambar fail/Lynas Malaysia
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699934611_TBKESBUNUHjpg.jpg)
Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik dua permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan berhubung syarat lesen operasinya.
![Lynas Australia umum tutup operasi di Malaysia Lynas Australia umum tutup operasi di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697787632_TBKESBUNUHjpg.jpg)
Lynas Australia umum tutup operasi di Malaysia
Lynas Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut.
![MOSTI nilai tahap keselamatan projek rintis REE di Perak MOSTI nilai tahap keselamatan projek rintis REE di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695195150_TBChangLihKang.jpg)
MOSTI nilai tahap keselamatan projek rintis REE di Perak
MOSTI akan menilai tahap keselamatan projek rintis perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Perak dengan memeriksa teknologi dan teknik yang digunakan.
![Lynas dapat kebenaran semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi Lynas dapat kebenaran semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692692103_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Lynas dapat kebenaran semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) untuk memulakan dua prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan.
![Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682678334_LynasMalaysia.jpg)
Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak
Rayuan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
![MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679992898_ChangLihKang.jpg)
MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China
Chang berharap dapat bertemu dengan rakan sejawatnya di China untuk membincangkan aspek berkaitan sains, teknologi dan inovasi.
![Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677579156_TBPennyWong.jpg)
Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.
![MOSTI dalam proses pertimbang rayuan Lynas MOSTI dalam proses pertimbang rayuan Lynas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677157396_TBCHANGLIHKANG.jpg)
MOSTI dalam proses pertimbang rayuan Lynas
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima surat rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia.
![Kalau bahaya, mana buktinya? - Pekerja Lynas, penduduk rayu kerajaan benarkan terus beroperasi Kalau bahaya, mana buktinya? - Pekerja Lynas, penduduk rayu kerajaan benarkan terus beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677151306_Lynasdemobantah.jpg)
"Kalau bahaya, mana buktinya?" - Pekerja Lynas, penduduk rayu kerajaan benarkan terus beroperasi
Ratusan pekerjan melakukan demonstrasi aman, meluahkan kebimbangan dengan nasib mereka dan berharap kerajaan mendengar rintihan mereka yang kini buntu memikirkan masa depan.
![Lynas nafi tahap radioaktif tinggi dalam air bawah tanah berdekatan loji Lynas nafi tahap radioaktif tinggi dalam air bawah tanah berdekatan loji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676638848_TBKESBUNUHjpg.jpg)
Lynas nafi tahap radioaktif tinggi dalam air bawah tanah berdekatan loji
Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.