PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 7 Februari tahun depan untuk mendengar permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang milik sembilan entiti termasuk UMNO dan Wanita MCA yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MBD).
Tarikh itu ditetapkan susulan pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa hari ini.
Peguam Gooi Yang Shuh, yang mewakili Habib Jewels Sdn Bhd, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.
Mahkamah Rayuan turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pendakwaan melucut hak wang yang dirampas daripada Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pahang.
Pada 2 September tahun lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tiada bukti yang mencukupi bagi memuaskan hati mahkamah bahawa wang yang dirampas adalah inti pati atau bukti berkaitan perlakuan kesalahan atau hasil aktiviti haram.
Mahkamah itu juga mendapati tiada perkaitan antara wang di dalam akaun responden dengan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.
Ia mendakwa wang yang dirampas adalah inti pati atau bukti hasil aktiviti haram yang didakwa dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022

Mahkamah itu juga mendapati tiada perkaitan antara wang di dalam akaun responden dengan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya
Barang kemas berkenaan didapati dibeli menggunakan dana berbilion dolar yang diseleweng daripada 1MDB.

Kereta mewah, wang RM22,600 milik bekas peguam 1MDB dilucut hak kepada kerajaan
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak ketiga iaitu OCBC Bank (M) Bhd untuk menuntut sebuah kondominium di Mont Kiara yang disita daripada Loo.

Rayuan pendakwaan berkaitan pelucuthakan dana 1MDB didengar 7 Februari
Peguam Gooi Yang Shuh, yang mewakili Habib Jewels Sdn Bhd, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Mahkamah tolak saman lucut hak berkaitan 1MDB terhadap Najib, keluarga, lain-lain
Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan bagi melucut hak barangan mewah yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Kes lucut hak hampir RM16 juta libat keluarga Ahli Parlimen Baling didengar 8 Okt
Perbicaraan kes saman terhadap keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditetapkan pada 8 Okt ini.

Rayuan lucut hak RM794,000, unit ASB milik bekas Exco Johor, keluarga ditolak
Rayuan lucut hak RM794,000, unit ASB milik bekas Exco Johor, keluarga ditolak

SPRM gagal lucut hak wang RM2.7 juta milik UMNO Selangor
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon terhadap badan politik itu sebagai responden.

Permohonan lucut hak RM677,872.55 milik UMNO Johor ditolak
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon, terhadap Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sebagai responden.

Jakel Trading dapat balik RM10 juta disita SPRM
Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan SPRM bagi menangguhkan keputusan mahkamah pada 3 Mac lalu yang menolak permohonan melucut hak wang tersebut terhadap pembekal borong tekstil itu.

SPRM gagal lucut hak wang RM100,000 milik Kasitah Gaddam
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi menolak permohonan SPRM selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram.