KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Microsoft dan International Women's Federation Of Commerce And Industry Malaysia (IWFCIM) melancarkan inisiatif kemahiran Ready4AI&Security, pada Khamis.
Menurut Presiden IWFCIM, Salwana Ali, program itu bakal memanfaatkan ribuan pelajar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang menjadi pelapis masa hadapan, terutama golongan wanita.
“Saya berbesar hati dapat memainkan peranan dalam menghubungkan permintaan dan penawaran perniagaan institusi pendidikan dalam menangani jurang digital kemahiran untuk masa depan.
“Ia juga melibatkan cabaran keselamatan siber yang sentiasa bergerak pantas dalam dunia kita yang saling berhubung hari ini.
“Malah, ia lebih bermakna untuk dapat melakukan ini dengan melibatkan 60 peratus penyertaan wanita,” katanya dalam ucapan perasmian yang diadakan di Bestari Hall, UniKL, Kuala Lumpur pada Khamis.
Inisiatif Ready4AI&Security bertujuan menyediakan 200 pendidik TVET dengan pengetahuan dalam bidang generatif AI dan keselamatan siber.
Para pendidik kemudiannya akan menyampaikan pengetahuan ini kepada 5,000 pelajar TVET, termasuk 60 peratus pelajar perempuan dari institusi TVET seperti UniKL, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Politeknik, dan Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.
Menerusi program itu, pelajar akan mengikuti program latihan 32 jam yang komprehensif meliputi pematuhan keselamatan dan asas identiti Microsoft serta pembelajaran AI generatif kendiri.
Selain itu, dengan sasaran 60 peratus penyertaan wanita, kerjasama antara IWFCIM dan Microsoft ini juga bertujuan untuk menyumbang kepada membina masa depan digital yang lebih selamat dan inklusif.
Astro Awani
Thu Mar 07 2024
Salwana (tiga dari kanan) memaklumkan, program ini bakal memanfaatkan ribuan pelajar Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) yang menjadi pelapis masa hadapan terutama golongan wanita. - Astro AWANI
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. Agong, Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
2. Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
3. DeepSeek dan ChatGPT, aplikasi AI yang mula menyaingi satu sama lain
1. Agong, Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
2. Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
3. DeepSeek dan ChatGPT, aplikasi AI yang mula menyaingi satu sama lain
Jumpa silinder konkrit dalam Sungai Trolak, apa fungsinya ketika Perang Dunia Kedua?
Sebelum ini banyak pengkaji sejarah hanya bergantung kepada rekod bertulis yang ia pernah diguna ketika Pertempuran Slim pada 7 Januari 1942.
Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Perubahan itu hanya akan dapat dilihat di AS, tetapi masih kekal sebagai Teluk Mexico di Mexico.
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut
Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.
12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat
Pemecatan diumumkan menerusi surat daripada pemangku peguam negara, James McHenry.
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan yang dihasilkan sistem itu menunjukkan cap jari tersebut tidak sepadan dengan suspek berusia 30 tahun terbabit.
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan cap jari yang dikumpul dari rumah pelakon Bollywood terkenal, Saif Ali Khan, yang cedera ditikam pada 16 Januari lalu, didapati tidak sepadan dengan cap jari suspek.
Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Ukraine boleh menggunakan jalan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun.
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya
ICC menuntut penjelasan, mengatakan bahawa pihaknya tidak dirundingkan mengenai keputusan tersebut.
Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Peta Google akan menukar nama ‘Teluk Mexico’ kepada ‘Teluk Amerika’, sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS).
AI Generatif: Masa hadapan baharu perniagaan, gabungan dunia fizikal, digital
Edisi terkini laporan Accenture meneroka bagaimana teknologi bakal merubah cara masyarakat hidup dan bekerja.