Sebahagian komuniti internet, serta satu organisasi pemantau media, telah melemparkan kritikan terhadap kenyataan terbaru oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat menyokong penapisan internet.
Pegawai eksekutif Centre of Independent Journalism Masjaliza Hamzah hari ini menyifatkan penulisan Mahathir sebagai "mengelirukan".
"Makna beliau seperti tidak jelas apabila dia tidak membezakan antara posting peribadi di Facebook, penulis blog, dan laman web berita, dan video di Youtube. Dia juga meletakkan pornografi dalam kategori yang sama, " kata Masjaliza.
Masjaliza berpendapat bahawa Mahathir berasa kecewa dengan kehilangan “monopoli” kerajaan terhadap media massa yang boleh dikawal melalui perundangan dan pemilikan media.
“Orang seperti Mahathir juga mendapat faedah daripada kebebasan internet. Saya rasa aduan Mahathir lebih kepada kehilangan kebolehan orang berkuasa untuk menentukan apa yang orang baca,” katanya.
Masjaliza berkata bahawa undang-undang fitnah adalah mencukupi. Dia juga menyatakan majoriti kes-kes di mana pihak penerbitan telah didapati bersalah atas kenyataan salah merupakan media yang dikaitkan dengan kerajaan.
Walau bagaimanapun, blogger Datuk Ahiruddin Attan, yang lebih dikenali sebagai Rocky, berkata bahawa orang yang menyelar kenyataan Mahathir telah "sengaja" salah faham maksudnya.
"Sesiapa yang kritikal dan mengutuk dia salah faham kerana kita harus ingat bahawa dia ialah Perdana Menteri yang telah berjanji bahawa kerajaan tidak akan menapis internet dan saya fikir dia tidak akan memungkir janji itu," kata Ahiruddin.
Visi beliau tersebut telah membolehkan laman web seperti Malaysiakini, Themalaysianinsider dan Freemalaysiatoday, dan blog saya beroperasi tanpa apa-apa jenis lesen," katanya.
Ahiruddin teringat ketika pentadbiran Abdullah Badawi telah mendakwa beberapa blogger, Mahathir adalah orang yang mempertahankan kebebasan bersuara.
Beliau menegaskan bahawa Mahathir adalah konsisten dan tidak akan melakukan penapisan internet.
"Beliau hanya menyatakan bahawa 'ini adalah apa yang kita dapat untuk kebebasan yang tidak terkawal’' dan kita perlu menerima hakikatnya," katanya.
Ahiruddin berpendapat bahawa bekas perdana menteri itu cuba mengatakan bahawa seseorang itu perlu menggunakan minda semasa menggunakan internet.
Sementara itu, pengulas di Facebook dan Twitter turut mempersoalkan kenyataan Mahathir.
“Kebenaran tidak boleh disekat. Berani kerana benar takut kerana salah.” kata “AE Glory.
Teoh El Sen
Mon Feb 18 2013


Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Webinar: Sejauh manakah kebebasan media hari ini?
Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 dikeluarkan Reporters Without Borders (Reporters Sans Frontieres) menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-119.

Ordinan darurat dibimbangi sekat ruang demokrasi - Gabungan Masyarakat Sivil
Pelaksanaan ordinan itu didakwa mengehadkan ruang demokrasi selain ordinan berkenaan mencabar pelaksanaan prinsip hak asasi manusia.

1MDB-Goldman Sachs: Klausa kerahsiaan bukan 'cara mudah' sekat akses kepentingan awam - CIJ
Kerahsiaan tidak boleh digunakan sebagai "cara mudah" untuk menyekat orang awam mengakses perkara-perkara kepentingan awam.

Media sosial gerak kempen solidariti #AtTheEdge
Baru sehari kempen solidari bersama kumpulan media The Edge, hahstag #AtTheEdge sudah mendapat sambutan.

Reaksi kenyataan penapisan internet oleh Tun M
Kenyataan terbaru oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat menyokong penapisan internet telah dikritik.