KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia komited terhadap tanggungjawabnya dalam membantu kerajaan memastikan rumah mampu milik yang mencukupi untuk semua rakyat Malaysia.
Presidennya, Datuk NK Tong berkata pemaju kini menghadapi pelbagai cabaran berikutan keperluan rumah mampu milik Malaysia, yang perlu dipenuhi untuk membina pembangunan kediaman di pasaran terbuka.
Katanya kebanyakan kebimbangan ini timbul daripada dasar subsidi silang yang perlu dilaksanakan oleh pemaju, iaitu harga hartanah di pasaran terbuka perlu dinaikkan supaya pemaju dapat mewujudkan perumahan yang murah, yang sering dijual di bawah kos pembinaan.
Bagi menjadikan rumah lebih mampu milik untuk rakyat, Tong berkata kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk pelaksanaan rumah mampu milik, seperti lebih 50 tahun yang lepas dan seperti di kebanyakan negara di seluruh dunia.
"Ini akan menghapuskan amalan semasa untuk subsidi silang yang menaikkan kos rumah harga biasa, menjadikannya lebih mahal bagi kumpulan pendapatan M40 untuk membeli rumah," katanya dalam kenyataan susulan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu untuk mengkaji semula dasar semasa berkaitan rumah mampu milik.
Bagaimanapun, Rehda menyokong saranan Perdana Menteri supaya dasar semasa untuk rumah mampu milik dikaji semula.
BACA: KPKT teliti syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik
Tong berkata kenaikan harga telah menyebabkan rumah di pasaran terbuka, yang disasarkan untuk M40, menjadi tidak mampu dimiliki, justeru, pembangunan yang gagal menarik pembeli juga mempunyai risiko yang tinggi untuk jadi lewat, sakit atau terbiar.
"Situasi ini berlaku terutamanya untuk projek yang dibangunkan oleh pemaju perusahaan kecil dan sederhana tanpa mekanisme fiskal untuk melindungi mereka daripada cabaran kewangan, antara sebab Rehda meminta kerajaan untuk mengambil semula tanggungjawab membina rumah mampu milik," katanya.
Tong turut menekankan satu lagi kesan yang tidak dijangka daripada rumah harga biasa yang tinggi disebabkan subsidi silang ialah peningkatan hartanah yang telah siap tetapi tidak terjual, sering dirujuk secara salah sebagai 'overhang'.
"Kami berterima kasih atas inisiatif yang diambil oleh kerajaan setakat ini untuk mengurangkan kebimbangan dalam industri perumahan dan hartanah seperti memperkenalkan 'Skim Simen Rahmah' baru-baru ini untuk menangani kenaikan harga bahan binaan.
"Bagaimanapun, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan pemulihan dan kemampanan industri untuk manfaat pemilik rumah pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Bagi menjadikan rumah lebih mampu milik untuk rakyat, Tong (gambar) berkata kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk pelaksanaan rumah mampu milik. - Foto Bukit Kiara Properties
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pindaan Akta Pemajuan Perumahan dijangka dibentang di Parlimen tahun depan - Nga
KPKT sedang giat melakukan libat urus dengan pemegang taruh bagi memastikan pindaan itu akan memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pembeli hartanah.

Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.

Penjawat awam lebih banyak peluang beli rumah sejajar dengan kenaikan gaji - Rehda
Rehda percaya bahawa kenaikan gaji penjawat awam boleh membawa kepada lebih banyak peluang untuk kumpulan itu membeli hartanah.

REHDA, MBAM positif terhadap tawaran simen mampu milik kerajaan
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) mendapat galakan daripada langkah kerajaan untuk menurunkan harga simen bagi pemaju membina rumah mampu milik yang berharga RM300,000 ke bawah.

Kenaikan OPR bakal mempengaruhi pembeli rumah dari kumpulan M40
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah.

Melaka kekalkan harga rumah paling rendah di Malaysia
Melaka masih mengekalkan harga rumah paling rendah di negara ini dengan indeks harga purata RM181,203 seunit pada suku pertama tahun 2022 berbanding negeri-negeri lain.

Bajet 2022: REHDA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Firma penyelidikan itu menyaksikan potensi yang lebih cerah bagi sektor berkenaan pada suku keempat 2021 yang bergantung kepada Bajet 2022.

Hartanah: Pemulihan ekonomi konsisten, pacu sentimen pembelian - REHDA
Program vaksinasi COVID-19 global akan memulihkan unjuran ekonomi negara yang akan turut memberi kesan kepada sektor hartanah tempatan.

Jualan hartanah meningkat: Ini fakta yang perlu anda tahu
Prestasi penjualan hartanah meningkat daripada 43 peratus pada separuh kedua 2019 kepada 45 peratus pada tempoh sama tahun lalu.