KAJANG: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.
Remaja yang tidak pernah bersekolah itu, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 27 Jun untuk tarikh sebutan semula kes bagi laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.
Mengikut pertuduhan, pesalah juvana itu didakwa bersama dua lagi lelaki yang masih bebas, secara kejamnya menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan tersebut.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah parkir pangsapuri di Hulu Langat, pada jam 1.08 tengah hari, 22 April lalu.
Kesalahan dibuat mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000, atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Nurul Afiqah Abdul Ghaffar mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
"Kes ini sangat serius kerana melibatkan kesalahan penganiayaan terhadap binatang selain ia melibatkan kes berkepentingan awam," katanya.
Bagaimanapun, ibu kepada remaja terbabit yang berusia 30 tahun, merayu anak tunggalnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana dia hanya bekerja di kilang.
Ibu tunggal itu berkata, dia perlu menjaga ibunya yang sudah tua dan tidak berkemampuan sekiranya ikat jamin ditetapkan terlalu tinggi.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.
Hujung bulan lalu, tular satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan.
Dua daripada mereka kemudian menyimbah sesuatu dipercayai bahan bakar ka atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor turut mengesahkan menerima laporan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat pada 24 April berhubung kes itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 03 2024

Remaja 13 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat, atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.