IPOH: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun patah tulang bahu selepas basikalnya terlanggar tembok sebuah rumah ketika dikejar seekor anjing di Taman Rapat Permai, di sini, semalam.
Ketua Polis Perak, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu daripada bapa mangsa kira-kira jam 5.30 petang.
Menurutnya, kira-kira jam 11.30 pagi, pengadu mendapati anaknya pulang ke rumah dalam keadaan sesak nafas dan cedera di bahagian dada sebelah kiri.
“Anak pengadu memberitahu, semasa sedang menaiki basikal hendak pulang ke rumah, dia telah dikejar seekor anjing sehingga terlanggar tembok salah sebuah rumah di Jalan Rapat Permai 17.
“Setelah anak pengadu terjatuh, anjing tersebut telah melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, akibat kecederaan yang dialami, mangsa perlu menjalani pembedahan.
Katanya, menurut pengadu, anjing tersebut sering dilihat berada di hadapan sebuah rumah di Jalan Rapat Permai 17 di taman berkenaan.
Bagaimanapun, kata Yahaya, penghuni rumah berkenaan menafikan anjing itu miliknya dan mendakwa binatang tersebut sering berada di hadapan rumahnya.
Sehubungan itu, ujarnya, aduan telah dibuat kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengenai anjing yang telah mengejar penduduk di kawasan kejiranan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Aug 21 2023

Aduan telah dibuat kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengenai anjing yang mengejar penduduk di kawasan kejiranan. - Gambar hiasan
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Remaja cedera kereta terjunam dari tingkat satu Terminal One
Seorang remaja lelaki cedera pada bahagian kepala selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu Pusat Pengangkutan Terminal One hari ini akibat tertekan pedal minyak.

Remaja 14 tahun patah tulang terjatuh ketika dikejar anjing
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun patah tulang bahu selepas basikalnya terlanggar tembok sebuah rumah ketika dikejar seekor anjing di Taman Rapat Permai, semalam.

Dua remaja cedera, motosikal langgar MPV polis
Dua remaja cedera, motosikal langgar MPV polis

Wanita serang remaja di Pantai Merdeka ditahan
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berada di gerai kakaknya yang menjual mainan di Pantai Merdeka sebelum didatangi suspek.

Remaja lelaki cedera digigit buaya
Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Hasil Al-Kamar, 14, cedera di paha kaki kanan.

Dua mangsa kemalangan basikal dijangka keluar wad hari ini
Dua daripada lapan remaja yang cedera ketika berbasikal dua hari lepas dijangka dibenarkan keluar dari wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) petang ini.