KUALA KEDAH: Meskipun baru berusia 15 tahun, namun, Nurul Khadijah Helmy Sham sudah memikul tanggungjawab menjaga bapanya yang sakit selain memberi laluan kepada dua kakaknya untuk meneruskan pengajian.
Nurul Khadijah sanggup berkorban waktu demi menjaga bapanya, Helmy Sham Salamon, 49, yang menghidap ketumbuhan dalam perut sejak Mei lalu menyebabkan dia tidak meneruskan persekolahan.
Selain sibuk menjaga bapanya, anak ketiga dari lapan beradik itu turut bergilir menggalas tanggungjawab menjaga lima adiknya di rumah ketika ibu mereka, Azliyana Othman, 45, terpaksa menemani bapanya di hospital.
Nurul Khadijah berkata, apabila bapanya dimasukkan ke hospital, ibunya akan menjaga bapanya di sana dan ketika itulah dia mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya yang berusia 13 tahun hingga 10 bulan.
Ada kala, kata Nurul Khadijah, dia bergilir menjaga bapanya di wad, sementara, ibunya pula mengambil alih menguruskan adik-adik dan rumah tangga.
Kakak sulung Nurul Khadijah iaitu Nurul Syafiqah, 19, kini melanjutkan pengajian di sebuah kolej di bandar raya ini manakala kakak kedua, Nurul Hafiqah di tingkatan lima dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ujian buat keluarga itu tambah berganda apabila Nurul Syafiqah serta adiknya yang juga anak kelima, Ahmad Muhammad, 11, menghidap Talassemia menyebabkan mereka perlu menjalani pemeriksaan setiap bulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Sementara itu, anak ketujuh dalam keluarga itu, Nurul Khayra, 4, pula menghidap sawan dan penyakit itu boleh menyerangnya pada bila-bila masa dan perlu dipantau sentiasa.
Disebabkan itu, Nurul Khadijah tiada pilihan selain daripada berkorban masa depannya dengan menguruskan makan minum mereka di rumah selain menghantar dan mengambil adik-adiknya ke sekolah.
“Dalam 10 hari saya tak pergi sekolah sebab mak saya kena uruskan ayah pergi hospital… ayah saya pula memang ulang alik pergi hospital sebab dia sakit lepas.
“Disebabkan itu, saya tak pergi sekolah sebab saya nak kena jaga adik, mak nak keluar uruskan bantuan untuk dapatkan duit. (Kami) tak ada duit sebab ayah saya tak kerja dia sakit mak saya pun tak ada pendapatan,” cerita Nurul Khadijah kepada Astro AWANI ketika berkunjung ke rumahnya baru-baru ini.
Sementara itu, menurut ibunya, Azliyana, dia pernah kehabisan wang kerana tidak mempunyai simpanan disebabkan tidak bekerja dan sebelum ini hanya bergantung pada suami yang bekerja sebagai pemandu lori.
Kata Azliyana, suaminya disahkan menghidap ketumbuhan itu sejak Jun lalu selepas mengadu sakit di bahagian perut dan mengalami masalah membuang air besar.
Azliyana berkata, ekoran kesakitan yang tidak dapat ditanggung, suaminya terpaksa dibawa ke klinik sebelum dipindahkan ke HSB.
Kegusaran Azliyana bertambah apabila doktor memaklumkan usus suaminya sudah pecah ketika itu dan perlu menjalani rawatan segera.
“Macam anak nak pergi sekolah, saya ada bekalkan makan sikit-sikit, ada lagi duit sikit-sikit jadi dia orang bawa roti tapi… selepas itu dalam masa tiga empat hari anak-anak dah tak ada duit belanja, saya terputus bekalan terus. Beras memang tak ada, dia orang balik sekolah tak makan,” luah Azliyana.
Sementara itu, beban ditanggung Azliyana sekeluarga mendapat perhatian Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengunjungi keluarga itu.
Zuraini menghulurkan sumbangan wang tunai, beras dan barangan keperluan dapur untuk kegunaan Azliyana sekeluarga.
“Saya berdoa kepada Allah agar lebih ramai bantu keluarga ini untuk meringankan beban mereka. Ada hari mereka tidak makan, kalau makan maggi kongsi lapan orang.
“Bukan satu benda yang mudah nak jaga anak, nak pastikan anak-anak bersekolah dapat pendidikan,” kata Zuraini.
Orang ramai yang berhasrat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun 02134-29-00010944-1 Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Azliyana atau menghubunginya di talian 012-4860561.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 04 2024
Nurul Khadijah membantu memimpin bapanya, Helmy Sham Salamon yang sukar menguruskan diri akibat kesakitan yang dihidapi.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Remaja 15 tahun berhenti sekolah jaga ayah sakit, urus adik-adik di rumah
Ada ketika Nurul Khadijah bergilir-gilir dengan ibunya temani dan jaga bapa di wad.
Tiada unsur jenayah dalam kematian remaja OKU di Temerloh - Polis
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kes melibatkan remaja berusia 15 tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Remaja perempuan 15 tahun dirogol bapa saudara
Suspek yang berusia 34 tahun dan bekerja sebagai tukang aluminium telah direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan ikat jamin remaja didakwa bunuh bayi
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan remaja perempuan yang menghadapi tuduhan membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya.
Tikam bayi sendiri: Mahkamah Tinggi tetap 8 Mac tentu kebenaran ikat jamin remaja
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan peguam tertuduh, hari ini.
Remaja 15 tahun korban pertama banjir di Terengganu
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas berhampiran rumahnya di Kampung Cheneh Baru di Kemaman kira-kira 3 petang tadi.
Kes tikam bayi: Pendakwaan boleh teliti, kaji semula keputusan pertuduhan - Jabatan Peguam Negara
Pihak pendakwaan masih boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan ke atas seorang remaja berusia 15 tahun yang didakwa membunuh anaknya.
Kes bayi maut ditikam: Polis buru lelaki rogol remaja 15 tahun
Polis memburu seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes rogol seorang remaja perempuan di bawah umur.
Remaja 15 tahun maut dalam nahas jalan raya di Tok Jembal
Seorang pelajar maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan.