KUANTAN: Seorang remaja berusia 15 tahun hilang dibawa ombak dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Cempaka, Sungai Soi, Kuantan, pada jam 4.00 petang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa bersama empat orang rakan sebayanya pergi ke pantai tersebut kira-kira jam 3.30 petang untuk bermandi.
“Semasa mandi, mangsa bersama rakannya dipukul ombak kuat dan telah dihanyutkan arus ke kawasan yang agak dalam.
“Empat orang rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke tepi pantai manakala mangsa didapati telah hilang,” katanya melalui kenyataan media.
Katanya, rakan mangsa telah meminta bantuan dari penduduk berhampiran, dan semasa kejadian mangsa memakai pakaian baju dan seluar berwarna gelap.
“Pihak pusat panggilan kecemasan menerima maklumat melalui MERS 999 memaklumkan kejadian mangsa dipercayai lemas semasa mandi di Pantai Cempaka, Sungai Soi, Kuantan kira-kira jam 430 petang, hari ini.
“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bergegas ke tempat kejadian bagi membuat pengesahan maklumat dan tinjauan awal,” katanya.
Menurut Wan Mohd Zahari, operasi menyelamat turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan, pasukan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
“Mangsa yang hilang, Nazrul Aimi Shah Kamarul Bahri (15) pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi.
“Manakala mangsa yang selamat ialah Mohd Adam Farhan Mohd Asri, Syed Amirrul Hakimi Syed Mohd Khairul Anuar, Muhammad Haziq Haikal Rohaidi dan Syed Irfan Dannis Syed Mohamad Fitri, kesemua yang terselamat tinggal di Kuantan,” jelasnya.
Beliau memaklumkan, siasatan awal di tempat kejadian didapati kejadian berlaku di Pantai Cempaka Kuantan dan terdapat angin kencang dan ombak yang agak tinggi di lokasi kejadian.
“Manakala air laut sedang pasang tinggi, bendera merah ada dinaikkan sepanjang pantai menandakan larangan untuk sebarang aktiviti pantai dan ketika itu tiada menara atau petugas pengawal pantai di lokasi kejadian.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan serta merta melibatkan semua agensi, penugasan SAR bertumpu kepada rondaan di sepanjang pesisir Pantai Cempaka hingga ke Pantai Sepat,” ujarnya.
Tambahnya, penggunaan bot penyelamat tidak begitu sesuai memandangkan keadaan angin kencang dan ombak tinggi di kawasan pesisir.
“Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditubuhkan berhampiran tempat kejadian bagi menyelaras usaha dan tindakan SAR di bawah Koordinasi pihak polis. Op SAR pada malam hari diteruskan dengan rondaan di pesisir pantai,” katanya lagi.
Amirah Nordin
Fri Mar 10 2023

Seorang remaja berusia 15 tahun hilang dibawa ombak dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Cempaka, Sungai Soi, Kuantan, hari ini. - Foto ihsan polis

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Datuk sempat selamatkan cucu manakala remaja 13 tahun dikhuatiri lemas
Jainis Gampanga, 74, berjaya menyelamatkan Jackson Mark manakala Aloysius Alfred, 13, hanyut dibawa arus sungai yang kuat.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas dihanyutkan arus di Rompin
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin.

Remaja 15 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Cempaka
Seorang remaja berusia 15 tahun hilang dibawa ombak dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Cempaka, Sungai Soi, Kuantan, hari ini.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas di pantai Teluk Nipah
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas, dipercayai selepas melakukan aktiviti air bersama rakan-rakannya di pantai Teluk Nipah di sini pada Rabu.

Remaja dikhuatiri lemas tergelincir ke Sungai Kelantan
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dikatakan tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Laut, petang Selasa.

Ombak kuat Pantai Tok Bali 'tarik' dua remaja
Dua lagi remaja iaitu Mohd Firdaus Mustafa dan Amir Sahir Zakima berjaya diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian.