JELEBU: Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu hari ini atas pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 15 tahun membuat pengakuan bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya yang berusia 14 tahun yang mana hubungan mereka adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama.
Kesalahan itu dilakukan antara 21 Jun hingga 30 Jun 2022 lalu pada pukul 11 malam hingga 12 malam di sebuah rumah di Jempol.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama, di lokasi sama pada 11 malam hingga 12 malam antara 1 September hingga 10 September tahun lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376b (1) Kanun Keseksaan yang boleh berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pegawai perubatan pada 16 Disember lalu dimaklumkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah bersalin di sebuah rumah.
Pasukan perubatan kemudian ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung.
Difahamkan, mangsa telah melahirkan bayi kira-kira pukul 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa.
Majistret Norshazwani pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga serta dikenakan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.
Tertuduh pula dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi mahupun mendekati mangsa.
Mahkamah menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala remaja berkenaan tidak diwakili peguam.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Feb 23 2023
![Remaja 15 tahun mengaku bersalah rogol adik kandung hingga lahirkan anak Remaja 15 tahun mengaku bersalah rogol adik kandung hingga lahirkan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677130577_TBmahkamahjelebu.jpg)
Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu hari ini atas pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak. - Foto Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Remaja 15 tahun mengaku bersalah rogol adik kandung hingga lahirkan anak Remaja 15 tahun mengaku bersalah rogol adik kandung hingga lahirkan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677130577_TBmahkamahjelebu.jpg)
Remaja 15 tahun mengaku bersalah rogol adik kandung hingga lahirkan anak
Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu hari ini atas pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak.
![Sakit perut bongkar abang rogol adik hingga mengandung Sakit perut bongkar abang rogol adik hingga mengandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640509947_raped.jpg)
Sakit perut bongkar abang rogol adik hingga mengandung
Suspek yang bekerja sebagai petani diberkas polis di rumahnya di Kadok pada jam 2.50 petang.
![Empat beradik ditahan rogol adik tiri 13 tahun Empat beradik ditahan rogol adik tiri 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616062571_raped.jpg)
Empat beradik ditahan rogol adik tiri 13 tahun
Tindakan suspek merogol mangsa bergilir-gilir di rumah mereka akhirnya mengundang padah apabila dicekup polis.
![Bakal pengantin didakwa rogol adik kandung sejak mangsa berusia 11 tahun Bakal pengantin didakwa rogol adik kandung sejak mangsa berusia 11 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594710451_TBROGOLMELAKA.jpg)
Bakal pengantin didakwa rogol adik kandung sejak mangsa berusia 11 tahun
Tertuduh, yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya.
![Gadis dirogol dua abang kandung ketika tidur Gadis dirogol dua abang kandung ketika tidur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71459595555_Raped.jpg)
Gadis dirogol dua abang kandung ketika tidur
Ibarat syaitan yang bertopengkan manusia, dua lelaki tergamak merogol adik kandung mereka sendiri dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Papar, pada Rabu lalu.