MELAKA: Seorang remaja lelaki yang ditahan disyaki mencekik adiknya hingga maut pada 5 Julai lalu di rumahnya di Kampung Bukit Piatu di sini, disambung reman tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 14 tahun disambung reman hingga Rabu depan selepas tempoh remannya tamat hari ini.
Menurutnya, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman dan kes disiasat siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Proses sambung reman terbabit dilakukan susulan perintah remannya selama tujuh hari bermula Khamis lalu berakhir hari ini.
"Tempoh reman disambung sehingga 19 Julai ini untuk siasatan lanjut sementara mendapat keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik oleh abang sulungnya dalam kejadian jam 12 tengah hari di Kampung Bukit Piatu.
Jiran mangsa yang juga saksi kejadian, Qhurun Ain Johani, 31, berkata, dia mengetahui insiden itu apabila dihubungi ibu mangsa yang memaklumkan anak sulung dari empat beradik itu sedang mencekik adiknya.
Suspek kemudian direman selama tujuh hari bermula Khamis hingga 12 Julai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 12 2023

Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 14 tahun disambung reman hingga Rabu depan selepas tempoh remannya tamat hari ini. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Remaja cekik adik disambung reman
Seorang remaja lelaki yang ditahan disyaki mencekik adiknya hingga maut pada 5 Julai lalu di rumahnya di Kampung Bukit Piatu di sini, disambung reman tujuh hari.