MELAKA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka telah memanggil pengetua sekolah yang didakwa berlaku kes buli hingga dikatakan menyebabkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mencekik adiknya hingga mati.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pertemuan antara pengetua dengan pengarah JPN itu bagi mendapatkan pencerahan dan penjelasan berkaitan kes berkenaan.
Menurutnya, beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung kes itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis selain dikhuatiri akan mengganggu emosi keluarga mangsa yang masih bersedih kehilangan ahli keluarga.
Katanya, walau apa pun dalam isu ini kanak-kanak terbabit bukanlah meninggal dunia kerana dibuli.
"Buli itu adalah elemen yang kedua, maka sebab itu kita tengah buat siasatan... kita tengah kumpul maklumat bukan sahaja di peringkat polis tetapi juga di peringkat Jabatan.
"Kita akan semak, kita akan kaji segala kebarangkalian," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
BACA: Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama
Tambah beliau, untuk mengaitkan kejadian tersebut dengan isu buli bukan satu yang mudah dan ia perlu dibuktikan.
"Yang kedua, adakah dibuli yang menyebabkan dia mengalami gangguan mental atau ada sebab-sebab lain," katanya lagi.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik oleh abang sulungnya dalam kejadian jam 12 tengah hari di Kampung Bukit Piatu di sini, pada Rabu.
Jiran mangsa yang juga saksi kejadian, Qhurun Ain Johani, 31, berkata, dia mengetahui insiden itu apabila dihubungi ibu mangsa yang memaklumkan anak sulung daripada empat beradik itu mencekik adiknya.
Sementara itu bapa mangsa, Najli Yakob, 42, mendakwa kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu.
Dia yang bekerja sebagai tukang urut, mendakwa anaknya sebelum ini pernah memberitahu dibuli dan percaya kesan perbuatan tersebut telah menyebabkan dia mengalami trauma hinggakan sering meracau sebelum berakhir dengan tragedi itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 06 2023
![Remaja cekik adik: Pengetua sekolah dipanggil beri keterangan Remaja cekik adik: Pengetua sekolah dipanggil beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688643072_MELAKA.jpg)
Bapa mangsa, Najli Yakob (gambar, kiri) mendakwa kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Remaja cekik adik hingga maut, dihantar ke Hospital Permai Remaja cekik adik hingga maut, dihantar ke Hospital Permai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689655708_TBcekikadik.jpg)
Remaja cekik adik hingga maut, dihantar ke Hospital Permai
Tertuduh yang juga pelajar tingkatan dua dipercayai mencekik adiknya yang berusia sembilan tahun di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu.
![Remaja cekik adik: Pengetua sekolah dipanggil beri keterangan Remaja cekik adik: Pengetua sekolah dipanggil beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688643072_MELAKA.jpg)
Remaja cekik adik: Pengetua sekolah dipanggil beri keterangan
JPN Melaka telah memanggil pengetua sekolah yang didakwa berlaku kes buli hingga menyebabkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mencekik adiknya hingga mati.
![Tindakan tegas kepada sekolah sembunyi kes buli Tindakan tegas kepada sekolah sembunyi kes buli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688624008_RahmadMariman.jpg)
Tindakan tegas kepada sekolah sembunyi kes buli
Pihak sekolah terutama sekolah berasrama di negeri ini digesa tidak menyembunyikan sebarang insiden atau kes buli termasuk penderaan dalam kalangan pelajar.
![Cekik adik dan tolak ibu, buruh dipenjara 4 tahun Cekik adik dan tolak ibu, buruh dipenjara 4 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639648999_TBCEKIK.jpg)
Cekik adik dan tolak ibu, buruh dipenjara 4 tahun
Seorang buruh dipenjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu hari ini, atas pertuduhan mencekik dan memukul adik perempuan serta menolak ibunya, 8 Disember lalu.