LIPIS: Seorang remaja berhadapan dengan detik cemas apabila cincin besi yang dijadikan aksesori di jari tangannya sukar ditanggalkan.
Tidak tahan menanggung kesakitan, remaja berkenaan, Muhammad Khairul Arffan Abdul Razak, 15, hadir ke Balai Bomba Kuala Lipis bersama penjaganya meminta bantuan anggota bomba menanggalkan cincin besi di jari manis tangan kanannya di sini kira-kira jam 11.30 pagi hari ini.
Ketua Balai Bomba Lipis, Haslizan Ramli berkata, anggota bomba dimaklumkan oleh penjaga Muhammad Khairul Arffan mengenai cincin besi itu sukar ditanggalkan di rumah serta meminta pihaknya membantu remaja berkenaan.
"Jari manis mangsa telah membengkak kesan daripada cincin yang sukar ditanggalkan itu berikutan saiz jari membesar.
"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum berjaya mengeluarkan cincin besi dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini hari ini.
Haslizan menjelaskan, kerja menanggalkan cincin besi dengan peralatan khas dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan jari tangan mangsa berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memastikan anak masing-masing tidak menjadikan cincin besi keras sebagai alat aksesori di jari tangan ataupun sebagai satu permainan di anggota badan yang kemungkinan sukar ditanggalkan dalam tempoh yang panjang.
Ifti Femida
Tue Apr 12 2022
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk menanggalkan cincin besi di jari manis tangan kanan mangsa di Balai Bomba Kuala Lipis. - JBPM
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi - MetMalaysia
Negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, P. Pinang, Perak, Pahang, N. Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta WP Labuan.
Ilmu tanpa nilai murni berpotensi lahirkan individu korup, tidak bertanggungjawab - Raja Permaisuri Agong
Pendidikan yang hanya mengajar ilmu tanpa menyemai nilai-nilai murni akan melahirkan individu yang berpotensi menjadi korup dan tidak bertanggungjawab, titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Kanak-kanak didakwa alami pendarahan serius selepas berkhatan ramai-ramai
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan di hospital selepas didakwa mengalami pendarahan serius setelah berkhatan beramai-ramai semalam.
AWANI 7:45 [26/1/2025] – Suspek ugut Harith Iskander ditahan| Lesen bazar ramadan jadi rebutan| 'Banjir' kenderaan di Pulau Pinang| Dakwaan Israel dinafi doktor sendiri
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini
📌Polis tahan lelaki ugut bunuh Harith Iskander terkait isu ham
📌MB selangor dedah ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah
📌Isu jual arak, KPKT saran PBT kekal dasar sedia ada demi jaga harmoni
📌Zionis kantoi, daktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
📌Polis tahan lelaki ugut bunuh Harith Iskander terkait isu ham
📌MB selangor dedah ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah
📌Isu jual arak, KPKT saran PBT kekal dasar sedia ada demi jaga harmoni
📌Zionis kantoi, daktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Rakyat Greenland mahu bersama Amerika Syarikat - Trump
"Saya rasa isu Greenland akan selesai dengan kita. Saya rasa kita akan memilikinya. Dan saya percaya rakyatnya mahu bersama kita."
Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.
Trump sahkan pembekuan bantuan luar negara
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan pada Sabtu pembekuan bantuan baharu kepada negara lain.
AWANI Global: A Conversation with Dr. José Ramos-Horta, President of Timor-Leste.
A Conversation with Dr. José Ramos-Horta, President of Timor-Leste.
Watch it on #AWANIGlobal this Sunday, 26 January 2025 at 9pm.
Watch it on #AWANIGlobal this Sunday, 26 January 2025 at 9pm.
Eksklusif: Suasana Mengerikan di Ibu Pejabat Perisikan Bashar Al-Assad, Aleppo, Syria
Hilal Azmi membawa anda secara eksklusif ke dalam suasana di ibu pejabat perisikan kerajaan Bashar Al-Assad, Al-Mukhabarat Al-Jawiyah, di Aleppo, Syria.
Temui kisah di sebalik kekejaman dan kegilaan kuasa yang menyebabkan rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan diktator ini.
Temui kisah di sebalik kekejaman dan kegilaan kuasa yang menyebabkan rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan diktator ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.
Remaja cemas cincin tersekat di jari manis
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum berjaya mengeluarkan cincin besi dengan menggunakan peralatan khas.