Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menjadi mangsa rogol tiga lelaki selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat, Ahad lalu.
Kejadian jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berkenalan dengan seorang daripada suspek dibawa ke sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang.
Pada awalnya, mangsa bersetuju untuk bertemu suspek selepas seminggu perkenalan dengan alasan untuk lepak di Ipoh.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa bagaimanapun dibawa ke kediaman itu sebelum ditarik masuk ke bilik.
"Suspek memaksa pengadu membuka baju dan mengugut untuk tidak menghantar mangsa pulang sekiranya tidak menurut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dirogol dua lagi lelaki yang merupakan rakan suspek di bilik sama secara bergilir.
Katanya, ketika kejadian berlaku, mangsa tidak menjerit atau melawan kerana diugut tidak akan dihantar pulang.
"Mangsa akhirnya dihantar di bawah sebuah jambatan berhampiran kawasan Titi Gantung sebelum dijemput rakannya pulang," katanya.
Mohamad Zainal berkata, polis yang menerima laporan daripada mangsa semalam telah menahan tiga lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an di sekitar Seri Iskandar, petang tadi.
Menurutnya, kesemua mereka akan direman esok bagi siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan," katanya.
Sinar Harian
Thu Jul 05 2018
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menjadi mangsa rogol tiga lelaki selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat, Ahad lalu. -Gambar hiasan
Penyahaktifan SSGP hanya lalui seksyen tertentu
Langkah penyahaktifan saluran paip gas Sabah-Sarawak (SSGP) hanya akan menjejaskan seksyen tertentu, dan cuma bakal melalui beberapa kawasan di Sarawak yang meliputi Lawas, Limbang, Miri dan Bintulu sahaja, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
London sedia tindakan balas jika AS kenakan tarif ke atas produk Britain - Laporan
United Kingdom sedang mempersiapkan tindakan balas sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif ke atas produk-produk Britain.
Kenaikan gaji minimum RM1,700 bakal pacu permintaan kereta
Permintaan kereta diramal kekal stabil pada tahun ini disokong oleh kenaikan gaji penjawat awam dan peningkatan gaji minimum kepada RM1,700, kata BIMB Securities.
Prospek Datasonic positif susulan kontrak RM104.78 KDN
BIMB Securities positif terhadap prospek Datasonic Group Bhd, berikutan penganugerahan surat lanjutan (LoE) bernilai RM104.78 juta daripada Kementerian Dalam Negeri.
Firma penyelidikan itu berkata, anugerah LoE yang diterima oleh anak syarikat milik penuh kumpulan,Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) itu sejajar dengan jangkaannya.
Firma penyelidikan itu berkata, anugerah LoE yang diterima oleh anak syarikat milik penuh kumpulan,Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) itu sejajar dengan jangkaannya.
OP SELAMAT 23: Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
Selamat ke-23 sempena Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berakhir pada 2 Februari lepas menyaksikan penurunan kes kemalangan sebanyak 902 kes atau 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Floodcom: Pusat gerakan banjir terapung pertama Malaysia guna teknologi nuklear
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mencipta sejarah dengan membangunkan pusat gerakan bencana banjir terapung pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi nuklear secara aman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pelakon dan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina agama Islam akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin.
'Orang cadang MCA disingkir daripada BN hanya mimpi di siang hari'
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).
Azalina koordinasi gag order dengan AGC
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said yang membantu mengkoordinasi perintah larangan mengulas (gag order) berkaitan titah adendum yang disebut di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.
Pesawat penyembur racun terhempas di Felcra Jejawi
Seorang juruterbang berdepan detik cemas apabila pesawat ringan muatan racun yang dipandunya terhempas di kawasan Felcra Berhad Jejawi.
Polis tahan dua rakan suspek kes samun bersenjata di Kampung Gajah
Polis menahan dua sahabat yang disyaki menyamun dengan menggunakan senjata di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nibong, Kampung Gajah di sini petang Rabu.
Padah intai isteri jiran sedang mandi
Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas didapati berkelakuan mengaibkan, mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati.
Remaja dirogol 3 lelaki selepas perkenalan di WeChat
Kejadian jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berkenalan dengan seorang daripada suspek dibawa ke sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang.