KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berkeperluan khas warga Syria dan bapanya memfailkan saman terhadap sebuah sekolah swasta antarabangsa di Mont Kiara di sini kerana cuai sehingga menyebabkan seorang pelajar di sekolah itu menganiaya remaja berkenaan.
Remaja berusia 14 tahun itu, yang disahkan menghidap Sindrom Cohen, Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD), Gangguan Hiperaktif dan Kurang Perhatian (ADHD), masalah gastrousus serta asma, dan bapanya yang berumur 60 tahun, memfailkan writ saman terhadap pengendali sekolah itu di Mahkamah Sesyen di sini, tahun lepas.
Menurut pernyataan tuntutan, mereka mendakwa sekolah pendidikan khas itu cuai semasa budak lelaki itu belajar di situ dari 3 Okt hingga 7 Nov 2021, dan mendakwa pada minggu pertama, budak lelaki tersebut teruja untuk ke sekolah dan tingkah lakunya positif di rumah. Kelas remaja itu hanya mempunyai dua atau tiga orang pelajar.
Plaintif mendakwa kira-kira 10 hari selepas belajar di sekolah itu, berlaku perubahan pada remaja tersebut termasuk kulit jari dan tapak kakinya kerap mengelupas serta degil selain mula memekik dan menjerit meniru kanak-kanak lain di sekolah tersebut.
Mereka juga mendakwa jumlah pelajar dalam kelas remaja itu meningkat kepada enam atau tujuh orang.
Plaintif mendakwa remaja itu juga dipukul oleh seorang rakan sekelas kira-kira 1.40 tengah hari pada 8 Nov 2021, namun wakil sekolah itu mendakwa, budak itu lebam akibat perbuatannya sendirinya dan turut memukul rakan sekelas serta menghantuk kepalanya sendiri ke dinding kelas.
Bapa pelajar itu mendakwa wakil sekolah tersebut menggambarkan remaja itu dengan cara yang menghina dan merendahkan seperti "haiwan".
Susulan itu, pihak sekolah secara rasmi mengeluarkan budak lelaki itu dari sekolah tersebut dan laporan polis dibuat terhadap sekolah itu di ibu pejabat polis daerah Sentul pada 16 Nov 2021.
Bapa dan anaknya itu menuntut ganti rugi am, khas, teruk dan teladan, serta pengisytiharan bahawa sekolah pendidikan khas itu telah melanggar kewajipan penjagaannya.
Perbicaraan saman itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Halilah Suboh esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Menurut pernyataan tuntutan, mereka mendakwa sekolah pendidikan khas itu cuai semasa budak lelaki itu belajar di situ dari 3 Okt hingga 7 Nov 2021. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu semakin meningkat - FOMCA
FOMCA beri amaran kepada orang ramai tentang trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu yang semakin meningkat.

Jepun umum peraturan baharu visa pelajar asing
Kerajaan akan membenarkan pelajar yang telah menamatkan pengajian di sekolah teknik kerajaan untuk bekerja dalam sektor yang tidak semestinya berkait rapat dengan bidang yang mereka pelajari.

Remaja keperluan khas, bapa saman sekolah swasta kerana cuai
Seorang remaja lelaki berkeperluan khas warga Syria dan bapanya memfailkan saman terhadap sebuah sekolah swasta antarabangsa di Mont Kiara.

Dua pelajar asing teruja sambut raya di Malaysia
Usama dan Muazu Dantala tetap teruja menyambut Aidilfitri di Malaysia walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga.

EMGS, IPT promosikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa
Hampir 200 wakil berkumpul melibatkan 108 IPT di Malaysia untuk mempromosikan Study in Malaysia bagi tahun 2022.

COVID-19: Thailand catat 7 kes baru
Sehingga kini, Thailand merekodkan sejumlah 3,438 kes jangkitan COVID-19 dengan 58 kematian.

Langgar lari Cyberjaya: Suspek utama disambung reman lima hari
Suspek utama kes langgar lari seorang pekerja TM Unifi di Shaftsbury Square, Cyberjaya Rabu lepas, disambung reman hari ini.

Apakah rasanya berpuasa di Cambridge?
Sejak hari pertama Ramadan, azam saya jelas - datanglah waktu sahur dan berbuka tanpa sambal ikan tenggiri atau cucur udang, saya tetap akan nikmati Ramadan ini sepuas-puasnya.

Kemasukan pelajar asing dapat tambah sumber kewangan Universiti Awam
Beliau berkata pelajar asing yang mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi di UA akan dikenakan yuran penuh iaitu antara RM400,000 hingga RM500,000.

Pelajar asing ditawar lima peratus tempat dalam bidang perubatan di IPTA
Kerajaan bersetuju menawarkan lima peratus tempat untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pelajar asing mulai pengambilan tahun ini.