ALOR SETAR: Polis Kedah telah membuka kertas siasatan terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun yang memandu kereta tanpa lesen sehingga mengakibatkan kemalangan maut melibatkan seorang peniaga di Jalan Kuala Kedah, Ahad lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kini hanya menunggu keputusan timbalan pendakwa raya untuk pertuduhan di mahkamah.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam Ahad lalu, seorang wanita, Nur Shafiqah Abdullah, 32, maut setelah motosikal dinaiki bersama kakaknya, Nooraliza, 43, dirempuh kereta jenis Proton Satria dipercayai dipandu remaja terbabit.
Difahamkan kereta milik rakan ibu remaja berkenaan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan, sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal dinaiki mangsa.
Mengulas lanjut Fisol berkata, ujian urin dijalankan terhadap remaja tersebut mendapati dia negatif dadah.
Katanya, ketika ini remaja tersebut berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam pada itu, Fisol mendedahkan, siasatan terhadap remaja itu turut membongkar hubungan seks dilakukan dua lelaki dengannya, sebelum ini.
"Polis menjalankan siasatan berasingan bagi kes berkenaan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Kesiksaan kerana merogol berikutan status remaja itu yang masih bawah umur.
"Pihak polis telah menahan seorang suspek malam tadi dan sedang memburu seorang lagi lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rogol tersebut," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, Fisol berkata, hingga kini pihaknya menerima lebih 140 laporan kes rogol melibatkan remaja bawah umur di Kedah, pada tahun ini.
"Peningkatan yang sangat drastik di negeri Kedah, hingga sekarang kita sudah ada 140 lebih kes rogol bawah umur yang mana dalam penyiasatan kita mendapati ia berlaku kerana suka sama suka... tetapi oleh kerana di bawah umur ia menjadi kesalahan jenayah," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Oct 26 2023

Fisol mendedahkan, siasatan terhadap remaja itu turut membongkar hubungan seks dilakukan dua lelaki dengannya, sebelum ini. - FB Polis Kedah

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Polis kenal pasti keluarga remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik
Mohd Yusri berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Remaja lelaki pandu kereta dalam kemalangan maut dibebaskan dengan jaminan polis
Remaja lelaki yang memandu kereta dalam kemalangan membabitkan dua mangsa maut di Jambatan Pulau Pinang semalam dibebaskan dengan jaminan polis.

Remaja langgar wanita hingga maut akan didakwa, siasatan turut bongkar 'kes rogol'
Polis Kedah telah membuka kertas siasatan terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun yang memandu kereta tanpa lesen sehingga mengakibatkan kemalangan maut melibatkan seorang peniaga.