BUKIT MERTAJAM: Remaja lelaki yang juga pemandu kereta dalam kemalangan membabitkan dua mangsa maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata remaja yang masih bersekolah dan tiada lesen memandu itu dibebaskan selepas reman sehari terhadapnya tamat.
"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan sehingga penunggang motosikal dan pemboncengnya meninggal dunia dalam kejadian tersebut.
"Kami juga telah mengeluarkan saman terhadap ibu remaja itu kerana cuai dengan membenarkan anaknya menggunakan kenderaannya tanpa lesen," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, seorang penunggang lelaki dan pemboncengnya seorang wanita, kedua-duanya berusia 20-an, maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja terbabit yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori.
Remaja itu cedera ringan manakala pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mengulas lanjut, Tan berkata polis telah menghantar sampel darah pemuda itu untuk ujian alkohol dan dadah, selain mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023

Mangsa yang kedua-duanya berusia 20-an, maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja terbabit yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori. - Gambar fail/Ihsan pembaca

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Polis kenal pasti keluarga remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik
Mohd Yusri berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Remaja lelaki pandu kereta dalam kemalangan maut dibebaskan dengan jaminan polis
Remaja lelaki yang memandu kereta dalam kemalangan membabitkan dua mangsa maut di Jambatan Pulau Pinang semalam dibebaskan dengan jaminan polis.

Remaja langgar wanita hingga maut akan didakwa, siasatan turut bongkar 'kes rogol'
Polis Kedah telah membuka kertas siasatan terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun yang memandu kereta tanpa lesen sehingga mengakibatkan kemalangan maut melibatkan seorang peniaga.